Tuesday, April 13, 2010

owh ibu...owh ayah..

aku adalah hasil perbuatan ibu dan ayah..seketul daging..
akulah hasil cinta dan kasih ibu dan ayah..taktala tenggelam dengan asmara buta,

akulah..seketul daging yang diciptakan Allah untuk ibu dan ayah...

ibu...

aku tahu keadaanmu bila ditanggalkan lelaki durjana, yang puas dengan nafsu.. aku tahu keadaanmu yang tidak tahu tempat untuk mengadu, hasil kerja harammu..
tapi ibu, ingatkah kamu pada Tuhan yang satu tempat mengadu,

tapi kamu lupa akan itu, dan syaitan terus rancak mengenakanmu..

pelbagai cara kau cari untuk menyembunyikan aku, hasil dari kerjamu..

tapi kerja Allah tetap mampu mengatasinya..

aku tetap kau kandungi dengan rasa malu dan bersalah,
kau bimbang apa kata masyarakat mengenaimu,

kau bimbang apa hala tujumu setelah kelahiranku..

setelah kelahiranku..kau membuangku,
di dalam masjid, di dalam tandas, malah menjijikan di dalam longgokan sampah,
ap salahku wahai ibu...kau lupa bahawa akulah darah dagingmu.


wahai ayah.
layakkah untuk aku menggelarkan engkau ayah,
melepaskan tanggungjawab. melepaskan beban ..

melupakan aku kurniaanmu..melupakan aku hasil cintamu..
owh, pilunya aku taktala kau membuangku..
ap salahku..
taktala yang menemukan aku adalah anjing..yang menjerit dan meluluh supaya manusia mendengar tangisaku..
dengarlah wahai manusia, suara bayi yang sedang kesejukan, dan menangis kepiluan, anjing itu beruasaha melindungi bayi itu..
anjing ini mempunyai sifat kemanusiaan. tp ibu dan ayahku...membuangku tanpa rasa takut kepada Allah pencipta segalanya..
aku amanah mereka.. aku la yang bakal mendoakan mereka..
walau aku hasil haram,
aku juga manusia
ibarat kain putih..
mungkin orang yang tidak layak untuk aku menggelarkan ibu dan ayah
mahu melihat aku ditutupi kafan yang putih, aku ingin kembali kepada Allah..Tuhanku.

aku berharap dan aku akan menanti mereka di sana..
agar mereka diampuni.. agar mereka kembali mencariku disana, dengan keampunan dari Allah..
dan ingatlah
akulah bayi mereka buang ketika di dunia dulu...

No comments: