Friday, August 13, 2010

Ramadhan...



Inilah bulan yang dinantikan oleh kebanyakkan umat manusia..iaitu bulan Ramadhan kareem,Ramadhan yang penuh dengan rahmat, keampunan dan keberkatan..bulan yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran pahala.. Tahun ini, aku berpuasa di rumah, tidak tahun-tahun sebelumnya kebanyakkan bulan Ramadhan aku di kampus menghabiskan waktu pengajian..bersama-sama teman berbuka puasa, bersahur dan kadang-kadang terlepas sahurnya..insyaAllah tahun ini aku berpuasa bersama family tercinta..dan berterawih bersama abah dan ma di surau yang mana abah kebiasaan menjadi imamnya. Waktu aku di kampus dulu, bila waktu berbuka aku dan teman pasti membeli makanan di cafe..dan kadang-kadang makanannya tidak bersesuaian dengan seleraku, kerana perutku jenis yang agak sensitif mudah sakit..jikalau makanan itu jenis yang lama pasti perutku mula meragam. Bila tiba waktu sahur pula, cukuplah tamar dan air teh panas yang menemani kerana perutku jenis tangki yang tidak boleh menyimpan banyak makanan. Apabila waktu terawih kami akan berkumpul di foyer kolej untuk solat berjemaah. Setelah 3 tahun aku di pusat pengajian, kini setelah selesai pengajian, aku dapat berpuasa di rumah pula bersama keluarga. Alhamdulillah, aku dapat berpuasa lagi pada tahun ini, masih diberi kesempatan waktu dengan nafas yang ada kurnia Allah. Inilah bulan Rahmat, bulan bagi umat muslim,bulan yang mewajibkan untuk kita berpuasa..bulan yang di mana telah dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka..bulan yang mana, 10 malam terakhir adanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan itulah dia malam lailatul qodar...nah apa yang kita mahukan lagi, kutiplah dan carilah berlian amal untuk bekalan hari esk... Dulu waktu aku di alam persekolahan aku sering bersama teman-teman bertadarus menghabiskan bacaan demi bacaan bersama-sama, dan Ramadhan yang lepas aku bersama nik selesai solat subuh kami bersama-sama bertadarus dan tahun ini aku harus menghabiskan bacaan bersendirian...lain rasanya puasa di rumah dan di kampus, di rumah hari-hariku mengadap dengan kerja-kerja rumah, membantu ibu dengan tugas-tugasnya di samping kerjaku sebagai guru di sebuah taska, di kampus aku sibuk dengan tugasan assgment serta kegiatan lain yang memerlukan agar jadualku penuh terisi... Ramadhan yang banyak mengajarku erti sabar, berusaha dan mengenal erti rindu..iye rindu kepadaNYA..rindu ni tidak pernah padam..malah makin menyala.

Wednesday, August 11, 2010

konvokesyen day..8/8/2010



Setelah sempurna sudah 3 tahun aku di bumi ilmu UKM, aku kini dengan rasminya bergelar graduan UKM..syukur di atas rahmat dan izin Ilahi..dengan atas keizinanNYA jua aku berada di sni.. ma dan abah di kampung turut serta di dalam majlis konvokesyenku..di samping putera-putera abah..abang long, abang ngah serta dua orang adikku turut sama mengucapkan tahniah di atas kejayaanku ini..terima kasih keluargaku..tidak dilupakan keluarga pak adik yang sudi datang mengucapkan tahniah kepadaku..

terima kasih kepada guru-guruku dari sekolah maahad Syamsul Maarif,..lecturer-lecturer UKM, dan sedikit terkilan apabila penyeliaku..prof madya dr.Nidzamuddin Sulaiman tidak dapat menghadiri majlisku ini...



terima kasih kepada sahabat-sahabatku di UKM ini yang tidak pernah jemu setia menemaniku..menghadapi suka dan duka di alam belajar..mengenal erti sape teman sape lawan, menasihatiku..dan bersama-sama denganku dalam menempa kejayaan..all the best untuk sahabat-sahabat yang menyambung master di UKM, hidayah dan zuriyati.. kepada nik mazira, suhaibah, sakinah., insyaAllah ada jodoh kita ketemu lagi, sesungguhnya ukhwah itu akan terus menwangi diabadikan dalam sejarah lipatan hidupku..

Monday, August 2, 2010

assalamualaikum ustazah!!!


hari pertama aku menjejak kaki ke tempat pengajian kanak-kanak di area tamanku..
kelihatan wajah-wajah comel yang menungguku...


ustazah aini mengatakan kepadaku..anak-anak kecil ini tidak sabar bertanya siapa yang bakal mengajar mereka untuk bulan Ramadhan nanti..setelah aku mengenalkan diri, setiap seorang memandangku, tersenyum dengan wajah tidak berkelip-kelip...

aku tersenyum taktala ustazah aini menceritakan perihal anak-anak muridnya, yang mana nakal, yang mana petah berbicara, yang mana diam, yang mana suka mengacau,..aku pun seperti kanak-kanak ini ketika seusia mereka.

dulu aku yang memanggil guru-guruku ustazah, kini aku pulak dipanggil ustazah, tidak layak rasanya kerana ilmuku juga sedikit cuma, niatku hanya untuk menyampai apa yang aku tahu, berkongsi ilmu dengan anak-anak kecil ini pastinya.

ibu yang menyarankan agar aku mengajar, dan aku hanya bersetuju sahaja, ialah mencari pengalaman sebelum menemui medan pekerjaan yang sebenar.

sampaikanlah ilmu walau satu ayat..

aku berasa bangga dengan ustazah aini, walau berkelulusan daripada sekolah pondok impiannya besar untuk mendidik anak-anak mengenal agama. mengenal alif, ba, ta....
dia sedaya upaya membuka kelas untuk kanak-kanak di tamanku hasil daripada pengalaman mengajar fardhu ain di sekolah kementerian..hebat cita-citanya..

sebelum pulang, aku mendengar anak-anak ini...mengingati nama-nama nabi, sifat bagi rasul dan sifat bagi Allah.,,.lancar..terang dan nyata..hebat hasil didikan ustazah aini...