Friday, January 29, 2010

ayat-ayat cinta from Maher Zain

Aku memuji Allah kerana memberi dirimu kepadaku..
Kau menemukan aku pulang dan belayar dengan aku.
Dan aku akan berada di sini bersamamu..
Sekarang biarlah aku memberitahu kepadamu,
kamu telah membuka hatiku
Aku selalu berfikir bahawa cinta itu salah
Tapi semuanya berubah saat kau datang

Dan beberapa ingin aku katakan

Selama sisa hidupku
aku ingin bersamamu
aku ingin tinggal di sisi kamu dengan sejujurnya dan sebenarnya
Sampai akhir masa aku
aku akan sentiasa mencintai kamu..mencintai kamu
Selama sisa hidupku
Melalui hari dan malam
aku bersyukur kepada Allah untuk membuka mata
Sekarang dan selamanya untuk bersama kamu

Aku tahu bahawa jauh di dalam hatiku
Aku merasa sangat diberkati ketika aku teringat padamu
Dan aku meminta Allah untuk memberkati semua yang kita lakukan
kamu isteriku dan temanku dan kekuatan bagiku
Dan aku berdoa kita `kembali bersama-sama abadi
Sekarang aku mendapati diriku begitu kuat
Semuanya berubah ketika kamu datang

Dan beberapa aku ingin mengatakan

Aku tahu bahawa jauh di dalam hatiku sekarang bahawa kamu `kembali di sini
daripada aku, aku sangat merasakan cinta
Dan aku tidak ragu
Dan aku menyanyi dengan sekuatnya bahawa aku mencintaimu selamanya

Aku tahu bahawa jauh di dalam hatiku.

insha Allah


Every time...
You feel like you can not go on...
You feel so lost and that you so alone...

All you see is night..
And darkness all around..
You feel so helpless.. You can't see which way to go..

Don't despair and never lose hope..
Because Allah is always by your side..

Inshaa' Allah.. Inshaa' Allah.. Inshaa' Allah you'll find your way..
Inshaa' Allah.. Inshaa' Allah.. Inshaa' Allah you'll find your way...

Maher Zain - For the rest of my life


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Friday, January 15, 2010

Nilai seorang Manusia.


Cerita satu..


seorang nurse sedang menengking seorang pesakit yang kesakitan kerana mahu melahirkan.

" nurse, tolang saya nurse, saya nak melahirkan ni,". seorang pesakit sedang menahan kesakitan kerana sedang menghadapi saat kelahiran bayi sulungnya.

" sabarlah, lambat lagi tu."nurse menjawab endah tidak endah, acuh tidak acuh.

"nurse, sakitnya..tolonglah"

" nak beranak memanglah sakit!!" nurse menengking pesakit yang sedang kesakitan itu..


inikah nilai seorang manusia..


cerita dua


seorang pelajar dari luar negara, telah menunggu selama lima jam di sebuah hospital kerajaan.  pelajar tersebut yang menghadapi kecederaan dan diskifikasikan sebagai pesakit kelas pertama...akhirnya pulang dengan hati yang remuk kerana layanan yang diberikan tidak memuaskan dan pelajar tersebut telah membuat bayaran namun masih tidak mendapat perkhidmatan yang sewajarnya...


cerita tiga


seorang jurubina gembira dengan keuntungan yang diperolehi yang berlipat ganda hasil daripada pelbagai bangunan yang canggih serta binaan yang tersergam indah.

" yang penting untung"

"untung"

"untung"

"untung"

namun ramai pelanggan serta penduduk menghadapi keadaan yang amat menyedihkan apabila rumah mereka ranap, hasil daripada pembinaan serta bahan binaan yang digunakan rapuh dan mengakibatkan bangunan mudah retak.


cerita empat 

seorang pekerja bahagian membersihkan bangunan..menjalankan tugas serta membersihkannya dengan sepenuh jiwa, malah memberi senyuman kepada pekerja-pekerja bangunan yang di dalamnya terdapat pelbagai jawatan seperti pengurus besar, CEO dan pekerja-pekerja yang pelbagai ragam itu.

"makcik, cuci sampai bersih tahu tandas ni, bagi wanggi cikit" seorang pengawai menegur pencuci tadi.

"iye nak"

" apa anak-anak, saya bukan anak makcik..buatlah keje elok-elok" 

"baiklah" makcik pencuci masih tersenyum walau diherdik sedemikian rupa.

...............................................................................................................................................................


anda nilailah dan perhatikan, apakah seseorang yang sudah berilmu itu sudah mempunyai nilai seorang yang bersifat kemanusiaan.  Adakah kekayaan dan pangkat itu sudah mampu menilai betapa hebatnya seseorang. Doktor, Arkitek, nurse, pencuci atau apapun pekerjaan yang anda lakukan, lakukanlah dari hati serta jiwa dengan ikhlas.


apakah nilai itu tadi mampu dibayar dengan wang, ..tepuk dada tanya iman

Allah tidak melihat seseorang itu melalui kekayaan zahiriah tetapi Allah lebih menyukai hambaNya yang mempunyai kekayaan hati budi.

Saturday, January 9, 2010

Puteri kecil Abi 2..


cerita empat


Usai tingkatan lima, kakak dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, tapi abi sarankan kakak teruskan ke tingkatan enam dengan mengambil sijil Tinggi Agama Malaysia. Abi mahu kakak teruskan ke peringkat ijazah, tidak seperti along yang meneruskan pengajian diploma dan seterusnya peringkat ijazah. kakak turuti saranan abi, di sekolah seperti biasa kakak belajar dan terus belajar, walaupun kakak bukan dikalangan pelajar pandai, kakak berusaha untuk lulus dengan baik. Di sekolah kakak berada di tempat sepuluh terbaik, namun kakak hanya mendiamkan diri. Pelbagai aktiviti tidak melemahkan kakak untuk terus berusaha. Kerana Abi yakin kakak pasti boleh.


Di Bulan Ramadhan, ummi mengatakan kaki abi bengkak dan menyukarkan abi untuk solat. Beberapa hari menyukarkan abi untuk bergerak dan mengakibatkan abi solat dalam keadaan duduk. kakak mulai risau, abi sakit dan kakak tiada di samping abi. Kakak mohon dengan sangat-sangat kepada Allah agar abi sembuh dan berikan kemudahan untuk abi solat dengan baik serta memudahkan pergerakkan abi, kakak mohon dengan sangat-sangat mudah-mudahan Abi sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan. Allah perkenankan doa kakak, abi kembali sihat..terima kasih Ya ALLAH...

Di bulan penuh barakah, ini kakak meneruskan perjuangan menghadapi peperiksaan final..hari-hari pertama kakak, alhamdulillah segalanya lancar..paper ketiga, kakak mulai jatuh sakit, demam panas serta selera untuk makan hilang di bulan ramadhan ini, kakak tidak makan hanya mampu menelan beberapa teguk air dan melemahkan badan kakak untuk solat. Kakak mula takut jikalau kakak tidak mampu menyempurnakan harapan abi. Bagaimana kalau kakak tidak mampu lulus, bagaimana langkah kakak seterusnya, apa yang kakak harus lakukan, pelbagai persoalan bermain difikiran kakak. Waktu pagi yang penuh kedinginan, kakak gagahi bangun solat untuk menunjukkan petunjuk serta ketenangan untuk kakak meneruskan perjuangan, kakak mohon agar diberikan kesabaran dalam menempuhi dugaan, kakak seperti dapat merasai kesakitan abi.


Kakak tempuhi segalanya kerana kakak yakin abi percaya dengan kakak, yakin dengan kebolehan kakak. Allah jua maha Mendengar, maha Mengetahui..kakak lulus dengan baik walau tidak cemerlang. Akhirnya kakak mampu menerusakn perjuangan ke peringkat ijazah.. semua berkat restu serta keyakinan abi kepada kakak.. terima kasih abi..terima kasih ummi.


Kasih Abi dan Ummi..

Ya ALLAH, jikalau aku mampu membina mahligai seindah Balqis, nescaya berikanlah kepada abi dan ummi.

Ya Allah, Jikalau aku mampu merendah samudra, mengali mutiara berharga..kurniakanlah kepada Abi dan Ummi..

Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan daku abi dan ummi..berkahi kedua-duanya, panjangkan umur keduanya, serta tempatkan mereka dikalanganmu, serta berikan limpah kurniaMU kepada mereka...seluas kasih dan setulus doa dari anakmu... zahra.




.................................................................................................................................................


"Abinya, dah lewat ni masih belum mahu tido," Ummi mencelah setelah abi selesai menamatkan bacaan.

kelihatan abi menitiskan air mata, menahan sebak..hanya mampu yang teruncap di bibirnya.

"puteri kecil abi, sudah mula dewasa".

ummi mula kehairanan.

" Abi tadi ada sampul surat, ummi letakkan di almari bacaan abi"

" surat apa ummi?"
"surat tawaran pengajian sepenuh masa di universiti Malaya untuk abi"
" untuk abi?"
" ye Abi,untuk abi..zahra yang usulkan untuk abi"
" Along dan angah juga beritahu, zahra sama-sama mengumpul wang untuk abi dan ummi ke Makkah tahun ini"..

" puteri kecil kita sudah mulai dewasa abi" ummi mula menangis bersama abi.
" katanya ini hadiah untuk anniversary ummi dan abi"..


sekian....





Wednesday, January 6, 2010

Puteri kecil Abi..



" akak ada kata nak balik minggu ni, umminya?"

" rasanya x de abinya"

"owh, x pe lah, saya tanya je, kot-kot anak kesayangan awk tu nak balik". wajah abi mengeluh kecil mendengar jawapan ummi.

Abi gemar berada di taman kecil teratak Sakinah waktu petang untuk merasa angin semilir yang menghembus perlahan sambil menghabiskan bacaan kitab-kitabnya. Jikalau abi tidak betah, abi pasti sibuk di halaman belakang menanam pelbagai jenis tumbuhan untuk mendinginkan kawasan teratak Sakinah. Abi sejak dari muda belia memang jenis yang tidak suka duduk tanpa membuat apa-apa aktiviti. Pasti tangannya sibuk membuat sesuatu, melukis, membaca dan menanam itulah hobi abi.

Usai solat isya' bersama ummi, abi dan ummi akan bersama duduk di meja makan dan berbincang mengenai perihal anak-anak. Abi bekerja sebagai seorang guru dari zaman muda hingga wajah abi mempunyai kerutan seribu pun, abi memang gemar mengajar dan mendidik. walaupun sudah pencen, abi akan menghabiskan masa di surau-surau kampung yang menginginkan pengajaran kitab dari abi.

malam itu, abi memasuki bilik kecil yang tidak seluas bilik along dan angah, bilik kecil itu hanya mempunyai sebuah almari usang, katil yang bersaiz sederhana untuk istirehat zahra dan aini serta almari kecil yang menempatkan pelbagai jenis buku cerita serta buku-buku milik zahra. Bilik itu masih seperti dulu, kemas dan rapi. Abi tahu zahra perapi orangnya, puteri kecilnya itu memang agak berlainan dengan anak-anak yang lain. zahra gemar membaca, malah buku cerita-cerita lama masih ada disimpan elok. Malah puteri kecilnya itu, tidak gemar barangnya diusik serta dipindah-pindah. Abi membelek satu persatu buku yang tersusun rapi, mata abi tertarik apabila terlihat buku lama berbunga hijau. Abi membelek setiap helaian buku lama berbunga hijau, kelihatan tulisan-tulisan serta contengan milik zahra.


Helaian pertama..

Nama diberi Ain Zahra Muhammad..tapi ummi gemar panggil kakak..

cerita pertama..

ketika umur kakak masuk 6 tahun, macam-macam buku abi bagi kakak baca, semua cerita pasal kisah Nabi-Nabi, kisah malaikat. Dari situ, kakak suka baca buku cerita malah kakak lebih cepat pandai membaca dan mengeja berbanding angah. Abi tak suka manjakan kakak dengan patung-patung seperti anak perempuan lain, malah kakak tak ada satu pun patung untuk dijadikan barang mainan. kakak suka main ngan angah, tapi kakak takut along sebab dia suka cubit kakak. Apa yang kakak dapat cuma mainan angah dan along yang semua adalah mainan laki. Abi pun tak suka ummi belikan baju yang cantik-cantik macam skirt dan gaun, pakaian kakak macam along ngan angah malah time raya pun warna baju kurung kakak sama ngan angah dan along.


Waktu kakak tadika, kakak masuk pertandingan rentas desa tapi kakak tak ada kasut sukan macam along, along selalu dapat no 1 dalam olahraga, along aktif dengan macam-macam sukan. kakak pun nak jadi macam along, kakak nak aktif juga. Hari pertandingan rentas desa, kakak bagitahu abi kakak tak ada kasut, abi suruh kakak pakai kasut along, kaki kakak kecil tak seperti along, tapi kakak tetap pakai jugak kasut along. Kata abi, kakak pasti boleh. ketika sampai tadika, kakak tengok semua kawan-kawan kakak ada kasut sukan yang cantik-cantik yang ada macam-macam warna dan sama saiz dengan kaki mereka. kakak tetap tak hirau semua itu sebab abi kata kakak pasti boleh. Pertandingan bermula, kakak tak dapat lari laju sebab kasut along besar, tali kasut selalu tercabut dan kakak hampir terjatuh apabila terpijak tali kasut yang terlerai ikatannya melingkar di kaki kakak. kakak tengok abi tak ada masa kakak lari, kakak teruskan jugak lari. kakak lari dengan sepenuh hati kakak, walau kadang-kadang kasut tercabut. Tiba-tiba kakak tengok, abi ada dibelakang kakak, abi kata kakak pasti boleh. kakak lajukan lagi larian dan akhirnya kakak diantara 10 yang terawal sampai. kakak dapat hadiah dan medal, kakak bangga sebab itulah medal terawal yang kakak dapat.



Cerita dua.


Kakak betul-betul gembira bila masuk sekolah rendah sama-sama dengan angah dan along. kakak selalu pergi sekolah dengan angah. Sebab angah selalu jaga kakak. waktu kakak darjah satu, ummi ajar basuh kasut sekolah. setiap hujung minggu, kakak akan basuh sendiri kasut kakak. Kakak tak suka tengok kasut kakak kotor.

Ada satu hari, waktu pagi hujan lebat sangat-sangat. Abi tolong hantarkan kakak ngan angah ke sekolah dengan motosikal, apabila sampai di sekolah, kakak tengok kasut kakak basah terkena air hujan dan kakak mula nak nangis, abi pujuk dan hantar kakak masuk kelas..abi kata kakak pasti boleh belajar walaupun kasut basah. kakak tak menangis lagi bila abi jemur kasut kakak di sebelah tempat duduk kakak di dalam kelas. Tapi, kasut kakak jadi hitam sebab kena percikan air ketika perjalanan ke sekolah, kakak nangis dan abi kata, kakak mesti tahu macam mana nak bagi putih kasut. Abi tunjuk kapur di dalam kelas dan kakak mula faham apa yang abi maksudkan. lepas itu abi segera ke sekolah tempat abi mengajar.


waktu cuti-cuti sekolah, abi lebih suka duduk di rumah dan kakak akan tengok lukisan-lukisan abi, abi suka melukis dan abi suka belikan banyak buku cerita untuk kakak. kakak tahu cerita pemuda-pemuda kahfi. kakak tahu cerita nabi Ismail dan ibunya siti Hajar. Kakak tahu cerita Nabi Musa dan Firaun. Semuanya dari buku yang abi belikan. Bila kakak makin tahu banyak cerita, kakak mula suka dengan cerita-cerita adventure seperti lima sekawan, cerita penyiasatan kanak-kanak. Malah kakak masih simpan buku yang diberikan oleh kawan kakak sebelum abi berpindah ke semenanjung. Buku yang menceritakan pengembaraan di angkasa.


Kakak mula aktif ketika darjah lima, kakak jadi wakil bola jaring dan bola tampar sekolah, abi tak tahu kakak jadi wakil untuk sukan sekolah sebab abi sibuk dengan mengajar. seluar sukan ,kakak pakai yang angah punya sebab abi kata, kalah dan menang bukan kerana seluar atau kasut sukan, tapi semangat serta usaha yang berterusan. Abi kata kakak pasti boleh.


cerita tiga.

Abi masukkan kakak sekolah dikalangan semua pelajar perempuan, abi hantar kakak untuk test untuk bacaan Al-Quran serta karangan jawi ke sekolah. Dari kakak kecil, abi yang ajar kakak mengaji mengenal huruf alif, ba, ta,. Kalau kakak malas, abi akan marah dan pukul tangan kakak. Sampai kakak nangis pun, abi tetap menyuruh kakak menghabiskan bacaan kakak. Abi tidak suka kakak main-main ketika mengaji.

ketika tingkatan dua, abi letakkan kakak di asrama, ummi hanya menurut. kata abi, abi mahu kakak berdikari. Belajar menguruskan diri dan pelajaran. Sejak tingkatan dua, kakak mula pandai rebus nasi, kakak mula pandai memasak sambal tumis ikan bilis. Kakak cuma balik sebulan sekali ke rumah. Kakak tak mahu susahkan abi hantar dan mengambil serta mahu jimatkan duit kereta abi. Jadi kakak belajar balik sendiri ke rumah naik bas yang mengambil masa yang lama. kakak tak kisah, asal kakak tak susahkan abi.

Di sekolah, kakak uruskan semua dan kakak akan menelefon ummi ketika kakak rindukan ummi. kakak sudah jarang mendengar suara abi. Bukan kakak tak mahu cakap dengan abi, tapi kakak tahu abi sibuk. Di sekolah kakak aktifkan diri, selalu jadi wakil sekolah untuk pelbagai penyertaan. walaubagaimanapun kakak jarang ke tempat-tempat lawatan sebab tidak mahu mintak duit dengan abi. Kakak belum pernah ke mana-mana tanpa izin abi, melainkan menjadi wakil untuk sekolah sahaja. Dunia kakak hanya sekolah.

Ketika along mula menjejak kaki ke menara gading, kakak juga mula menyimpan azam mahu menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Malah kakak sudah berangan, menjadi pelajar terbaik sekolah. kakak sudah menyimpan angan, abi akan datang melihat kakak di pentas. kakak menjadi wakil sukan untuk wakil negeri antara percapaian tertinggi kakak untuk menandingi along. ketika nama kakak mula disebut-sebut disekolah, abi pasti tidak tahu.

ketika kakak dapat result spm, dan kakak antara pelajar terbaik, abi tidak dapat datang kerana ada mesyuarat penting, kakak hanya tersenyum apabila di sapa oleh guru-guru. Abi tidak ada ketika melihat kakak menerima sijil. kakak tetap gembira sebab abi kata kakak pasti boleh.


bersambung.....








Tuesday, January 5, 2010

renung-renungkan lah..


Seorang sufi bercerita tentang perjalanan jiwanya Dia berkata : Hatiku pernah gelisah memikirkan lima perkara Sehingga aku sibuk mencari jawabannya Ternyata aku mendapatkannya dalam lima perkara pula, Pertama, aku mencari berkah dalam mengejar keperluan hidup Aku menemukannya saat aku melakukan Shalat Dhuha Kedua, aku mencari penerang dalam alam kubur Aku menemukannya saat aku melakukan Shalat Malam Ketiga, aku mencari jawaban untuk pertanyaan Munkar dan Nakir Aku menemukannya saat aku membaca Al Qur’an Keempat, aku mencari alat pegangan saat meniti Shiratal Mustaqim Aku menemukannya saat aku berpuasa dan bersedekah Dan kelima, aku mencari naungan Arasy Dan aku menemukannya saat aku mengasingkan diri dan beribadah kepada Allah Sekarang hatiku beristirahat dengan tenang,,,
hehe..comel kan.kan..
di belakang itu lah tasik kejut yang jernih dan bersih seperti air teh ais..

petang-petang gini, selalunya ain suka pegi main badminton ngan nik..lompat-lompat bagi kuar peluh setelah seharian di bilik kuliah mendengar bebelan serta lawak-lawak kecil oleh pensyarah untuk menghilangkan rasa mengantuk kami..kadang-kadang kami akan mendengar penuh khusyuk sambil melepaskan sedikit nafas kecil..(menguap seluas-luasnya tanda mengantuk)..


jikalau waktu-waktu kami sedikit rajin dan biasanya hujung minggu..aku, dayah dan nik akan menuju ke tasik kejut.(tasik yang berada di sebelah fakulti kejeruteraan)..untuk menghirup angin petang serta melihat makhluk-makhluk yang menginginkan bentuk badan yang ideal..berjoging mengepiskn perut-perut...macam-macam gaya ada..taichi serta silat yang kami tak pernah tengok ad di pusat rekreasi ini..huhu...

selalunya dayah yang memang suka berlari kencang dan aku dan nik akan mengekori di belakang..jenuh nak mengejarnya...jalan sudah...huhu..bukan ap perjalanan dari kolej Ibarahim Yaacob menuju ke tasik kejut agak jauh bila berjalan kaki..kalo naik moto x pe ar...ni jalan kaki..huhu..kira dah exercise la tu..kan..kan..

tapi kebiasaanya aku dan nik lebih gemar menghabiskan masa bermain bulu tangkis dan memukul-memukul dengan menggunakan raket mahal kami..(10 ringgit 2 batang).. untuk menghilangkan ketensionan di bilik kuliah...apa-pun jalanilah kegiatan yang sihat dan bermanfaat untuk tubuh badan kita...sekian...

Saturday, January 2, 2010

Kau Sahabat Kau Teman...





Kini genap tiga tahun kita saling berkenal...pelbagai ranjau dan duka kita lalui bersama..
aku jatuh kau setia menarik tanganku...
aku leka kau setia mengingatiku..
aku lelah kau bangkit semangatku..
teman..syukran kerana selalu ada untukku..


sahabat...
dikala aku kegembiraan...kau setia menemani senyumanku..
dikala aku kepenatan..kau tabahkan diriku...


tanpamu duniaku tiada warna..
tanpamu duniaku tidak ceria..
tanpamu duniaku tiada cerita..

aku ada kamu..
kamu ada aku..

itulah sahabat itulah teman...