hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan kekuatan, kekuatan memerlukan keyakinan, keyakinan menentukan kejayaan, kejayaan membawa kebahagiaan.
Wednesday, April 7, 2010
di Sini
salam Ukhuwah, salam mahabbah..
di sini kita pernah bertemu, mencari indahnya makna pelangi..
bertemu dan berpisah tiada gelisah keranaNYA semata..
sudah hampir genap 3 tahun aku di sini, di bumi UKM..
pelbagai kisah suka dan duka aku rasai, pelbagai pengalaman dan ilmu yang kutemui..
aku mengenali pelbagai jenis rakan di sini, rakan yang boleh dibuat waktu susah,
rakan yang hanya boleh dibuat waktu senang sahaja, rakan yang tidak putus mengajak membuat kebaikan dan rakan yang sentiasa memberi peringatan..
sungguh..pelbagai ragam manusia aku rasai di sini, yang boleh menyenangkan aku dan membuat aku menyampah juga...tetapi adat pertemuan kalau tak kenal maka tak kita ketahui keadaan sebenarnya..jangan mudah mengadili orang lain hanya melihat luarannya tetapi dalamilah isi dalamnya..menerokai..
kat sini juga aku diberi peluang mengenali tempat orang, walaupun bukannya belajar di luar negara, menerokai tempat sendiri lebih didahulukan..iye lah peluang yang sememangnya tidak aku perolehi sewaktu sekolah dulu..ibu dan abah susah untuk melepaskan aku kemana-mana, cukupla aku kenali Melaka tempat bersejarah itu melalui buku...
kini aku di bulan-bulan terakhir di UKM, aku masih tidak dapat merasai yang ni merupakan tahun pengakhiran aku di sini..
banyak plan-plan yang aku dengari dari rakan-rakan, mahu menyambung masterlah, mahu itulah mahu inilah..mahu berkerja dahulu la, dan ada yang sudah membuat planning membina mahligai masjid!! alhamdulillah....
aku juga sering diusik-usik oleh teman-teman, bila mahu menamatkan zaman bujang...usikan yang aku rasa macam angin lalu, kalau ada jodoh tak kemana, belum pape mereka sudah meminta kad jemputan, datang atau tidak itu lain cerita..
aku cuba menayakan pada senior-senior yang lalu, rasa kita sebagai seorang pelajar apabila kita berjaya memakai jubah dan berada di pentas pengijazahan, baru sedarla diri itu sudah tamat pengajian, baru rasa terharu , sebak dan sebagainya...iya dan aku masih ingat kata seorang pensyarah, setiap tahun saat yang saya selalu nantikan melihat kamu di hadapan saya menerima pengijazahan itulah saat bahagia bagi saya, saat yang saya selalu nantikan...dan di minggu kulaih yang terakhir dia menitiskan air mata..ini adalah harapan seorang lecturer..belum lagi dengan harapan ayah bonda yang setia menanti di kampung halaman..
aku masih teringat, beberapa hari yang lalu aku menghubungi ayahku, soalnya yang mula-mula, bila aku mahu pulang ke rumah, barangkali sudah terasa agak lama aku tinggalkan rumah sehingga keluar pertanyaan yang sebegitu..dan aku jelaskan, aku belum lagi selesai peperiksaan terakhirku di sini, aku belum lagi selesai akan tesisku di sini, sabarlah...anaknda akan segera pulang bila selesai di sini...
ibu pula sudah merencanakan apa yang aku perlu lakukan bila pulang, seperti sudah bermacam rancangan yang dipikirkan untukku..anak yang dulunya kecil sekarang sudah belia dewasanya, sudah hampir tamat pengajiannya..aku yang terawal di kalangan abangku yang melesaikan kuliah,,itu yang difikirkan ibu.
moga aku dipermudahkan urusanku di sini...amin..amin..amin..
segera cepat pulang bertemu keluarga di kampung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment