Monday, March 22, 2010

merinduiMU


Ya Rahman,
aku merinduiMu..sesungguhnya..
aku mencari-cariMU..sebenar-benarnya..

Ya Rahim,
segala nikmat kasih dan nikmatMU,
tidak mampu dihintung,
tidak mampu dikira,
tidak mampu dihisab,


Ya Salam,

sejahteralah ke atas Baginda Muhammad S.A.W,
kerana memperjuangkan agama ini,
aku merinduinya zaman kegemilangan Islam
mekar dan Indah,
menjejak dari Timur ke Barat.
mengharum menwangi hingga ke taman Firdausi,



Ya Rabb,

aku merindui suara yang sering memujiMu,
mengajakku kepadaMU,
menyerah rasa kehambaanku hanya untukMU,
Tuhan yang satu.


Ya Ghofar,

ampuni dosa-dosaku,
ibarat dedebu yang memenuhi ruang hatiku,
ampuni diriku,
yang lalai akan perintahMU,
ampuni diriku,
ampuni diriku..

Ya Nur,

kaulah cahaya bagiku,
cahaya yang menerangi hatiku,
terus merinduimu,
terus merinduimu...

syukuri nikmatNYA


"wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-MU yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku, sesunggunya aku bertaubat kepada-MU dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada-MU) (surah Al-Ahqaf:15)

amin..amin..amin..

segala puji ke atasNYA yang menjadikan aku seorang yang Islam, lahir dalam agama yang sememangnya diredhaiNYA...


setiap daripada kita lupa akan anugerah tertinggi yang diberikan Allah kepada kita iaitu nikmat Islam.. apabila dilahirkan kita sudah mendengar kalimah azan yang memujiNYA..Allah yang mencipta kejadian langit dan bumi..mencipta kita sebagai makhluk yang sebaik-baik ciptaanNYA..

namun begitu, adakah kita sering mensyukuri nikmat ini, yang kadang-kadang langsung tidak kita fikirkan..yang kaya terus leka, yang cantik terus tenggelam, yang hodoh sering menyesal, yang miskin sering mengeluh.. lupa akan anugerah yang satu iaitu anugerah ISLAM DAN IMAN..

rugilah bagi orang-orang yang tidak mensyukurinya, rugilah bagi orang-orang yang melupainya..

kita yang sudah diberi ISLAM ini seharusnya mencari dan terus mencari kebenaran hakiki bagi menebalkan ilmu di hati, supaya sentiasa diberi kekuatan dan keteguhan iaitu benteng untuk menahan nafsu yang sentiasa meminta..

Allah jua lah Maha memberi Maha Mengasihani, apabila diberi hidayah kepada hambaNYA lantas diberi keistimewaan, bagaikan anak kecil yang tidak ad dosa, bagikan kain putih yang suci bersih..lantas itu kitalah yang mencoraknya..terus mencari Cinta dan KeredhaanNYA..yang tidak pernah putus kepada hamba-hambaNYA...


" Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepadaMU iman yang tidak akan lepas (murtad) nikmat yang tidak akan habis dan menyertai Nabi Muhammad S.A.w di Syurga tertinggi selama-lamanya. ( Riwayat Ibn Hibban)

Wednesday, March 10, 2010

kesabaran



kesabaran itu separuh daripada iman.

sabarlah duhai hati..jangan diikutkan perasaan dan hati, nescaya engkau yang rugi..
sabarlah duhai hati, pupuklah iman segar di hati mudah-mudahan kekal dan subur sejati,
sabarlah duhai mulut,jangan dinista orang yang menghina diri...kelak jatuh maruah diri,

kehidupan menemukan kita dengan pelbagai kejadian dan ianya tentu sekali menguji kesabaran dan keimanan. orang yang hebat dan gagah itu tidak semestinya diperlihatkan dengan sasa tubuh badannya, hebat senjata perangnya, banyak kuasanya, tinggi hartanya, tetapi orang yang hebat adalah orang yang mampu menahan marahnya, membina kesabarannya apabila dihina dan dicerca.

apabila dihina dan dicerca pasti kemarahan menguasai diri, dan marah itu tidak lain hanyalah penyakit rohani yang memberi kesan pada jasmani. setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati, carilah ubat marah..

apabila kemarahan timbul dan tidak dapat ditahan dengan akal yang waras, ia akan menjalar bak api yang membakar, darah yang naik laksana wap yang memenuhi otak, sehingga kegelapan menyelubungi hati dan akhirnya menyebabkan hilangnya cahaya kejernihan daripada fikiran.. menurut Dato' Dr. Fadilah Kamsah, dalam solusi edaran 17.

terdapat rawatan secara amali, iaitu dengan membaca ta'awwuz iaitu 'aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam'. selain itu dengan mengubah posisi kedudukan untuk melunturkan rasa marah, mengambil wuduk bagi menyejukkan api kemarahan, diam dan berdoa agar Allah selamatkan kita daripada marah. banyakkan berzikir dan menyebut asma Al-Husna, serta melakukan amalan-amalan yang mampu menambah keimanan dan mendidik jiwa. banyakkan dengan minum air dan berdoa.

nilai dan hikmah sabar ada disebut di dalam ayat Allah yang berbunyi:
" dan jika kamu membalas kejahatan pihak lawan, maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bersabar." (An-Nahl:126).

kesabaran memerlukan kekuatan dalaman, jangan dibiar kemarahan menguasai hati, kerana marah boleh mengakibatkan pemikiran kita menjadi tidak rasional, lalu berlakulah keadaan yang boleh memalukan diri kita sendiri. meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya.

kita lihat contoh Rasullulah S.A.W pelbagai cubaan dan dugaan di dalam meneggakkan syariat Islam pelbagai tohmahan serta kejian yang diterima dari kaumnya sendri. malah ada rancangan jahat untuk membunuhnya, tetapi baginda tidak berdendam apatah lagi membalas perbuatan kaumnya kepadanya. hasilnya kaumnya menjadi cinta kepadanya menjadi taat kepadanya lantaran sikap dan peribadi yang tinggi di dalam menyampaikan seruan Allah.

lantaran kita yang diberi akal yang waras dan diberi nikmat ini, gunakanlah pemikiran yang sewajarnya di dalam membuat keputusan jangan dijadikan marah itu sebagai sifat yang terus menanah di dalam hati, tetapi bajailah dengan kasih syg dengan kecintaan sesama insan, buang yang keruh ambil yang jernih. pupuk dan bajainya dengan kesabaran dan jadikan prinsip hidup yang seharusnya dipegang..