Sunday, March 17, 2013

tweety vs zahraa amani

Assalamualaikum,

entry kali ini pasal kartun tweety, kenal x kartun tu, masa kecik2 dulu selalu tgk kartun ni sebab tweety ni comel, bijak, dan menghiburkan hati, tapi x taw la tweety ni spesies apa, burung ker anak ayam ker,huhuhu..tp tweety ni memang comel dan kiut.



                                                 ini lah tweety yang comel dan kiut itu.,huhu.






                                           comel jer kan muka dia wat kesian cam tu..



hah, apa kes tiba-tiba citer pasal tweety ini, ini kerana dah ramai bagitau zahraa ni mcm tweety..huhu...abg aku pun cakap mcm tweety mukanya..



                                             hah, ini bukan tweety yer,inilah buah hati pengarang jantung kami suami isteri,huhu,,,


x taw la kat mana samanya tweety dengan zahraa ni..



Thursday, March 14, 2013

CERITA baru bagi tahun 2013

Assalamualaikum,

bermula sudah tahun baru 2013, ni lah baru rasa rajin nak mengapdet blog, ish.,.pemalas sungguh kan..kan..kan..bukan apa, tempat keberadaan tu tak sesuai untuk menulis atau mengapdet blog, line kurang kat area rumah mertua di kuala krai, jadi ceritanya tak mengapdet la statusku..alhamdulillah Zahraa' pun dah 4 bulan dan pandai meniarap pun, lincah tak padan dengan badan. ish2...dia pun dah pandai sebut mama, kalau nak apa-apa menangis ke, mesti sebut nama mama dulu. Dia ppun baru je sembuh dari chicken pop, kesian anak mama, sabar ye nak..


tahniah juga kepada kekawan yang baru je deliver dapat baby, dapat naik pangkat jd ibu atau mak, merasa jugak menjadi seorang ibu, indah saat dapat menatap dan meriba anak yang dikandung berada di depan mata, nak membesarkan anak ni ibarat menyalakan api dalam air, bukan senang dan mudah, memerlukan pengorbanan yang besar, kasih sayang yang tulus, dan redha dengan kehendakNYA... moga-moga kita berada dalam kalangan ini. Dicintai dan mencintai..

apapun, mama doakan zahraa sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah selalu ,..muaaahh love u sayang..

Saturday, December 22, 2012

Pengalaman itu indah...

Assalamualaikum,

Sudah sebulan lebih, ana tidak berceloteh, rindu nak membebel di dalam ruangan blog yang tidak seberapa ini, Zahraa' pun sudah menginjak usia sebulan lebih, oleh kerana puteri kecilku tengah tido jadi ana amik kesempatan yang ada ini, untuk menyelit di dalam ruangan blog ini, nak refresh sikit, huhuhu...

Dalam sebulan lebih ini pelbagai pengalaman baru menjadi seorang ibu, adalah sesuatu yang baru  ana rasakan, pengalaman yang seciput cuma nak dibandingkan dengan pengalaman mama (mak ana) yang sudah mengandungkan ana, membesarkan ana, sampai dia pun sekarang dah ada title baru, tok ma...(nenek ler tu..)dia lah yang menjaga ana ketika berada dalam pantang, banyak sungguh pantang larang tu, penat nak citer pasal pantang tu..nak tahu lebih lanjut tanya lah ibu masing-masing..huhu..lain orang lain cara pantangnya yer tak..

ok lah, ni nak citer pengalaman proses melahirkan anak sulung kami, ana selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 8.08 pagi di bilik bersalin hospital pasir Mas, pada 2.11.2012, sehari sebelum jangkaan iaitu 3.11.2012. Alhamdulillah sakit itu kan kifarah kepada dosa-dosa lalu, sakit yang dialami ketika melahirkan Zahraa' x lama, walaupun kena gunting dan jahit banyak, itu proses biasa melahirkan anak sulung.Zahraa ketika dilahirkan beratnya 2.8 kg, hari tu dia yang paling halus dan kecil berbanding bayi-bayi yang seangkatannya..huhu. pukul 11 pagi  ana dan zahraa' dah masuk wad biasa, dimana tok ma dan encik suami sudah menunggu, tak sabar nak tengok bayi sulung kami dan cucu sulung keluarga kami.


Inilah dia si kecil kami, Wan Zahraa' Amani wan Mestapa, orang kata mula-mula lahir menurun mama dia, aku lah 2...huhu.Encik suami ketika mula-mula lihat zahraa', dia dah tak berkelip, iye lah kan sebelum ni bayi tu dalam perut sekarang dah kuar, besar sungguh ciptaan Ilahi ini, unik..


Sekarang zahraa' dah lain dah, dah tembam sikit, dan berat sikit, sekarang berat dia 3.8 kg, dah tentu la ana bagi susu asli, iaitu susu ibu.huhhuhuu..best..






sekarang ni gambarnya, dah tomban sikit anak mama ni, orang kata muka dia macam suami ana, huhu..rambut tu ada iras macam boy sikit, iyelah masa pregnant ana selalu mimpi dapat bayi laki, tapi rencana Allah itu hebat, dapat bayi perempuan, huhu..alhamdulillah..dia sekarang memang suka sangat tido..hobi dia la tu, tapi pagi dia start la bangun macam abah dia dulu, suka bangun pagi nak tengok bola..huhu..



tengok..tido lagi, huhu..ni baru lepas mandi dan pakai baju, terus layu mata dia, dia kalau mandi memang tak nangis, suka betul mandi ye...anak sapo ler tu..









 ini dia dengan abah dia, tengok ada iras abah dia sekarang ini, nasib baik hidung tu menurun mama dia yang comel ini..kihkih...


ok lah setakat ini lah dulu, ana cerita serba sedikit, semoga hidup ini indah dalam redhanya, insyaAllah..




Saturday, November 10, 2012

Title baru dalam sebuah kehidupan

Assalamualaikum, 

sudah lama rasanya saya tidak berbicara di dalam blog ini, keadaan masa serta tempat yang tidak mengizinkan saya ber online selaju ini., setelah hampir 9 bulan iaitu 39 minggu 9 hari akhirnya saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kg, pada pagi jumaat 8.08 pagi, Alhamdulillah saya tidak menghadapi saat pahit atau sukar untuk melahirkan puteri sulung kami, ini semua terjadi di atas keizinan Allah yang maha Pengasih. Bayi pengikat kasih pencantum jiwa kami. Wan zahraa' Amani, mama dan abah sayang kamu kerana Allah. pejam celik, pejam celik saya sudah mempunyai status seorang ibu, sesuatu yang saya tidak duga. Mempunyai seorang anak kecil dan menyusu badan adalah satu pengalaman baru yang indah bagi saya, zahraa' yang tidak banyak merengek serta suami yang memahami adalah satu kekuatan yang saya perlu. Ramai yang mengatakan saya seperti bukan baru melahirkan atau berada didalam pantang memuji keceriaan serta kekuatan yang saya hadapi bagi menyembuhkan luka akibat melahirkan zahraa'.itu semua adalah berkat doa mama serta suami yang tidak putus-putus melihat saya sembuh..

terima kasih Allah atas anugerah mu kepada kami...

Sunday, April 8, 2012

konvokesyen Suami + Honey moon ke Bukit Tinggi, Indonesia



Alhamdulillah, di atas segala kemudahan yang diberikan, kenikmatan yang tak terhingga, kerana masih memberi kami nafas untuk bersama dan berkasih sayang. Ucapan sekalung tahniah kepada suamiku yang telah berjaya menamatkan ijazah degreenya di universitas sultan kasim Riau. Pelbagai kepayahanya yang telah ditempuh bagi mendapat segulung ijazah., pada 25 Februari kami bertolak ke Pekan Baru, Riau kerana perlu menghadiri konvokesyennya dan seterusnya ke Bukit Tinggi untuk berbulan madu di atas perkahwinan kami yang belum sampai sebulan ketika itu.  Pelbagai pengalaman menarik yang kami tempuh, yang paling penting pemandangan yang tidak jemu dipandang dengan kehijaun floranya, dan kesuburan tanahnya. Suami juga terlebih menggalakkan aku bershoping, katanya beli la nanti kempunan dan teringat-ingat bila pulang di Malaysia. 

Berlalunya Masa...

Assalamualaikum, 


sudah lama rasanya jejari ini tidak menari di atas keyboard, menulis rencana mengenai diri di dalam blog ini. Kini, sudah masuknya bulan april, sudah dua bulan aku mendirikan mahligai pernikahan bersama suami yang tersayang, alhamdulillah segala pujiaan diberikan kepada yang memberi cinta, RabbulIzati.Alhamdulillah 27 januari 2012, Jumaat, aku selamat diijabkabulkan dengan kekasih hati yang kini sah menjadi suamiku, Wan Mestapa Wan Hassan dengan sekali lafaz sahaja aku  sah menjadi isterinya. Alhamdulillah semua perancangan berjalan lancar, sederhana tetapi yang penting kami selamat menempuhinya.Tiada yang sebaik perancang melainkan dia jua, pencipta Maha Kuasa. Segala ucapan terima kasih dan bersyukur kepada hadrat Ilahi, tidak lupa jua kepada keluarga yang bersusah payah menjayakan majlis kami. Semoga Allah jua yang mampu membalas jasa baik kalian. Syukran Jazilan kepada sahabat-sahabat yang mendoakan kebahagiaan kami.Semoga kita juga mendapat barkah darinya..Amin.

Saturday, September 24, 2011

kesempatan waktu..

Kadang-kadang Qalbu tertanya,
Apakah Aku ni alpa,
alpa dalam mengingatinya,
terlena dalam buaian yang panjang.

masa menginjak, meninggalkan usia yang lampau,
bukan lagi kanak-kanak itu,
bukan lagi remaja itu,
dewasa yang menjengah.

rasa mula bergolak, bukan lagi keanakan,
kematangan kian terdidik, akal dan fizikal,
adakah ianya seiring dengan rasa kehambaan,

bersyukurkah aku,
terladankah aku.,
terpimpimkah aku.

Ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami di dunia kebajikan dan di akhirat juga kebajikan, dan jauhkanlah kami dari siksa neraka.

Ya Allah, ya Tuhanku! aku memohon kepada-Mu pimpinan, pemeliharaan, perlindungan dan kecukupan
.