Alhamdulillah, di atas segala kemudahan yang diberikan, kenikmatan yang tak terhingga, kerana masih memberi kami nafas untuk bersama dan berkasih sayang. Ucapan sekalung tahniah kepada suamiku yang telah berjaya menamatkan ijazah degreenya di universitas sultan kasim Riau. Pelbagai kepayahanya yang telah ditempuh bagi mendapat segulung ijazah., pada 25 Februari kami bertolak ke Pekan Baru, Riau kerana perlu menghadiri konvokesyennya dan seterusnya ke Bukit Tinggi untuk berbulan madu di atas perkahwinan kami yang belum sampai sebulan ketika itu. Pelbagai pengalaman menarik yang kami tempuh, yang paling penting pemandangan yang tidak jemu dipandang dengan kehijaun floranya, dan kesuburan tanahnya. Suami juga terlebih menggalakkan aku bershoping, katanya beli la nanti kempunan dan teringat-ingat bila pulang di Malaysia.
No comments:
Post a Comment