hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan kekuatan, kekuatan memerlukan keyakinan, keyakinan menentukan kejayaan, kejayaan membawa kebahagiaan.
Friday, November 6, 2009
wanita solehah sebagai isteri
a. taat Allah dan taat kepada suami.. "oleh sebab itu maka wanita-wanita yg solehah ialah yg taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)" ( surah An-Nisa':34) "tiap-tiap isteri yang meninggal dunia dan diredhai suaminya, maka ia akan masuk syurga."(riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
b. sentiasa menyenangkan suami dan kasih syg kepada anak " sukakah sy beritahu kepadamu bakal isteri di syurga? jawab para sahabat ,"mahu, ya Rasulullah. "Nabu bersabda."setiap isteri yang kasih syg dan banyak anak, bila ia marah dan diganggu atau dimarahi suaminya, lalu ia menyerahkan dirinya dan berkata," Inilah tanganku berada di dalam tanganmu, saya tidak akan boleh tidur hingga engkau rela padaku."
c. menjaga kehormatan dirinya, harta benda suaminya bila suaminya tiada. Rasulullah S.A.W bersabda: "sebaik-baik wanita adalah jika kau memandangnya ia menyenangkan, jika engkau perintah ia mentaatimu dan jika engkau tinggalkan ia menjagamu dalam hal harta dan harga dirinya".
d. tidAK cemberut di hadapan suaminya, Rasulullah S.AW. bersabda:sesungguhnya suami apabila memandang isterinya dan isterinya membalas pandangannya dengan cinta dan kasih.., maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra. dan jika suaminya membelai tangan isterinya maka dosa mereka akan jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka."
e.tidak mengecewakan suami bila suami memerlukannya.
f. harus izin bila keluar rumah. "setiap isteri yg keluar dari rumah suaminya tanpa seizin suaminya dia tetap di dlm murka Allah sampai ia kembali ke rumahnya atau dimaafkn oleh suaminya".
g. tidak memburuk-burukkan suaminya di hadapan org lain h.tidak meminta cerai "seseorang wanita yg meminta cerai dari suaminya tanpa suatu sebab, maka haram baginya akan bau syurga."
i. sentiasa membantu suaminya dalam kebenaran dan kebajikan
"dan org-org yang beriman laki-laki dan wanita, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yg lain." (surah At-Taubah:71)
lihat lah dan perhatilah bagaimana mudahnya hendak menjadi permaisuri di hati suami,,sekaligus menjadi bidadari syurga...agar setiap hubungan yg dibina di ats ukhwah fillah abdan abda..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment