Assalamualaikum,
sudah lama rasanya jejari ini tidak menari di atas keyboard, menulis rencana mengenai diri di dalam blog ini. Kini, sudah masuknya bulan april, sudah dua bulan aku mendirikan mahligai pernikahan bersama suami yang tersayang, alhamdulillah segala pujiaan diberikan kepada yang memberi cinta, RabbulIzati.Alhamdulillah 27 januari 2012, Jumaat, aku selamat diijabkabulkan dengan kekasih hati yang kini sah menjadi suamiku, Wan Mestapa Wan Hassan dengan sekali lafaz sahaja aku sah menjadi isterinya. Alhamdulillah semua perancangan berjalan lancar, sederhana tetapi yang penting kami selamat menempuhinya.Tiada yang sebaik perancang melainkan dia jua, pencipta Maha Kuasa. Segala ucapan terima kasih dan bersyukur kepada hadrat Ilahi, tidak lupa jua kepada keluarga yang bersusah payah menjayakan majlis kami. Semoga Allah jua yang mampu membalas jasa baik kalian. Syukran Jazilan kepada sahabat-sahabat yang mendoakan kebahagiaan kami.Semoga kita juga mendapat barkah darinya..Amin.
No comments:
Post a Comment