Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru atau azam yang baru

adek bongsuku..huhu..gigi rongak lah 2...x leh senyum kuat2..




anak-anak laki abah...abg khailani, abg al-amin, adikku..abdul aziz,zulfitri, abdul Basith dan yang pling seget kopiah 2..abdul Salam...




ini dia tok iman dan tok bilal kami..abg ngah dan abg long..kuakua..

ini dia adek ku Hurul aini dan pose terbaru ku..huhu..jgn jth cinta..jth tangga x pew...





assalamualaikum,

kini melangkah kita ke tahun yang baru...2010..tahun baru tetapi adakah kita akan memperbaharui dengan amalan serta keyakinan kita hanya kepadaNYA semata...

tahun ni, ain akan menghabiskan atau menamatkan pengajian di bumi UKM...di dalam program sains sosial di dalam pengkhususan sains politik...umur jua kian meningkat 23 tahun, kalau arwah nenek msh hidup comfirm suh ain kwen...

"dah beso anak daro mu nie sohleh belaki doh nie"

huhu..tapi nek cucu nek ni, masaknya belum sempurna..kalau ngan abg ngah pun abg ngah lagi pandai masak...huhu

adik-adik yang dulu kecik-kecik jgk sudah mulai meningkat keremajaannya...sama tinggi malah lebih dari kakaknya ini...

malah adekku yang bongsu serta cute itu akan masuk ke sekolah rendah...bukan main hepi lagi die dengan pakaian seragam yang akan dipakai pada tahun 2010 ini...


adek pompuanku,Hurul Aini jgk sudah menginjak ke tingkatan 6 malah die lebih 'big' dariku yang bertubuh halus ni..kalau main boxing..comfirm kalah ni...

dan abg long yang jgk kian sibuk dengan tugasannya sebagai penolong pengawai di bawah kementerian sukan di terengganu...nk melihat senyuman serta gurauannya jgk susah semenjak umurnya kian meningkat matang..hehe..

abg ngan yang cibuk dengan sesi perkuliahannya di KUIS, tidak kurang jgk sibuknya...serta sering meminjam wang di kala saat dia kekeringan..huhu makan biskut kering jer la...

dan semestinya azamku tahun ini..ingin menghabiskan pengajian dengan jayanya..serta dapat menyiapkan tesis yang semestinya menjadi kewajibanku dan kekawan ...

abah dan mama yang sering serta tidak pernah jemu di dalam mendidik kami..rasanya itulah azam yang tidak pernah luput di dalam ingatan serta impian mereka supaya kami 8 adek beradek ini..menjadi makhluk manusia. yang baik...





Tuesday, December 29, 2009

aIN sYuhada


kini genap umurnya 4 bulan...keletehnya membuat aku tidak kalih daripada memandangnya..

dia penyeri dan dia penghibur, membuat aku sering tersenyum memandangnya....

aku berharap dia bisa mengerti setiap patah susunan ayat yang aku atur untuknya..kerana aku menyayanginya...

aku bukan ibunya tetapi aku gembira jua kerananya..dia anugerah terbesar untuk aku mengerti dan memahami erti kejadian..

nur ain syuhada nama yang dihiasi untuknya..moga akhlaknya yang indah jua mampu menghiasinya


mama ain gembira dengan kehadiranmu..moga Allah merahmatimu..melindungimu..

Tangisan rindu



Lagu “Tangisan Rindu”
Artis “Wildan”

^saban Malam ku Meniti Waktu
Saat Yang Belalu Terusku Tunggu
Dikalainsan Terus Trlena
Hatiku ini Ingin Teus Berjaga^

Dikala Sepiku Sendiri
Mencari Sinar Dikegelapan Malam
Airmataku Becucuran
Kerna Rindu ku Yang Tak Pernah Padam

#tangisanku Mendayu-dayu
Mengharap Kasih Dari Yang Satu
Kutahucinta Kuterbalas
Kerna Dialah Pemilik Cinta Sejati#
Oh Tuhan Tunjukanlah Jalan
Merentai Rasa Cintaku
Citra Rindudan Kasihku
Yang Kudambakan Hanya Untukmu

Usahlah Kau Palingkan Cinta
Yang Suci Murni Lagi Sejati
Kerna aku Hanya Ada Sekeping Hati
Yang Rapuh dan Tak Berdaya

#moga Rinduku Kan Terubat
Lantaran Kasihmu Yang Murni
Tangisan Rinduku
Hanya Untukmu#

Thursday, December 24, 2009

Azan dan kebijaksanaan ALLAH S.W.T....... .... Sebarkan

Azan dan kebijaksanaan ALLAH S.W.T....... .... Sebarkan

481399.jpg


4813c8.jpg



Allahu Akbar!!


ADAB MENDENGAR AZAN


Kematian itu pasti menjelma.. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Coba Kita amati.. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan,

mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya sebanyak 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S...W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia .

Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belum alunan
Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .

Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .

Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini,

Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir

di-Pakistan,

Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka waktu
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.

Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui

e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dadamu tanya imanmu.