Thursday, December 23, 2010

selamat Tahun Baru


Tahun baru Islam sudah lama bermula dan tidak lama lagi muncul pula tahun baru masihi iaitu 2011. keazaman baru, semangat baru, usaha yang semakin berlimpat ganda, insyaAllah.

Setiap kali munculnya tahun baru, mungkin pelbagai pembaharuan yang kita ingin capai, bagi yang masih berstatus pelajar mungkin mahu meningkatkan PNGA, yang sudah berkerja mungkin ingin memiliki sesuatu seperti rumah, kenderaan dan mungkin akan berumah tangga, jadi ianya memerlukan bukan sedikit kudrat tetapi banyak usaha bagi memastikan tercapainya azam pada tahun baru ini. Kesabaran di dalam berusaha dan tidak berputus asa memungkinkan kita mencapainya dengan niat keranaNYA..usaha~doa~tawakkal insyaAllah Najah yang menghampiri.

Diungakapkan sedikit nukilan indah dari Ummu Abbas, 2009

Salam di tahun baru Hijrah. Hijrah Nabi Muhammad yang memberi erti galakan berhijrah dari sifat yang buruk kepada akhlak yang lebih baik,

hijrah dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya IMAN dan ISLAM,
hijrah dari jiwa yang sedih kepada bahagia,
hijrah dari maksiat kepada amal soleh,
hijrah dari jahil kepada alim.

sama-sama kita mengingati peristiwa Hijrah Rasullullah, terkandungnya pelbagai hikmah dan pengajaran dari bermulanya peristiwa perjanjian Aqabah i dan ii sehingga kepada perjanjian Hudaibiyah dan seterusnya kepada pembentukan atau pembukaan Kota Makkah.

Hijrah itu sendiri membawa pengertian yang elok yang baik, iaitu kepada sesuatu yang bersifat negatif kepada yang positif, contohnya seperti usaha, dari malas kepada rajin, yang lemah kepada kuat. Maka mengapa kita masih berlengah-lengah untuk perkara sebegini, bagi saya untuk menjadi baik itu, tidak perlu kita menunggu akan tahun yang akan datang, kini juga kita boleh membuat perubahan, membuat strategi, membuat peningkatan ke arah yang lebih baik.