Sudah sebulan lebih, ana tidak berceloteh, rindu nak membebel di dalam ruangan blog yang tidak seberapa ini, Zahraa' pun sudah menginjak usia sebulan lebih, oleh kerana puteri kecilku tengah tido jadi ana amik kesempatan yang ada ini, untuk menyelit di dalam ruangan blog ini, nak refresh sikit, huhuhu...
Dalam sebulan lebih ini pelbagai pengalaman baru menjadi seorang ibu, adalah sesuatu yang baru ana rasakan, pengalaman yang seciput cuma nak dibandingkan dengan pengalaman mama (mak ana) yang sudah mengandungkan ana, membesarkan ana, sampai dia pun sekarang dah ada title baru, tok ma...(nenek ler tu..)dia lah yang menjaga ana ketika berada dalam pantang, banyak sungguh pantang larang tu, penat nak citer pasal pantang tu..nak tahu lebih lanjut tanya lah ibu masing-masing..huhu..lain orang lain cara pantangnya yer tak..
ok lah, ni nak citer pengalaman proses melahirkan anak sulung kami, ana selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 8.08 pagi di bilik bersalin hospital pasir Mas, pada 2.11.2012, sehari sebelum jangkaan iaitu 3.11.2012. Alhamdulillah sakit itu kan kifarah kepada dosa-dosa lalu, sakit yang dialami ketika melahirkan Zahraa' x lama, walaupun kena gunting dan jahit banyak, itu proses biasa melahirkan anak sulung.Zahraa ketika dilahirkan beratnya 2.8 kg, hari tu dia yang paling halus dan kecil berbanding bayi-bayi yang seangkatannya..huhu. pukul 11 pagi ana dan zahraa' dah masuk wad biasa, dimana tok ma dan encik suami sudah menunggu, tak sabar nak tengok bayi sulung kami dan cucu sulung keluarga kami.
Inilah dia si kecil kami, Wan Zahraa' Amani wan Mestapa, orang kata mula-mula lahir menurun mama dia, aku lah 2...huhu.Encik suami ketika mula-mula lihat zahraa', dia dah tak berkelip, iye lah kan sebelum ni bayi tu dalam perut sekarang dah kuar, besar sungguh ciptaan Ilahi ini, unik..
Sekarang zahraa' dah lain dah, dah tembam sikit, dan berat sikit, sekarang berat dia 3.8 kg, dah tentu la ana bagi susu asli, iaitu susu ibu.huhhuhuu..best..
sekarang ni gambarnya, dah tomban sikit anak mama ni, orang kata muka dia macam suami ana, huhu..rambut tu ada iras macam boy sikit, iyelah masa pregnant ana selalu mimpi dapat bayi laki, tapi rencana Allah itu hebat, dapat bayi perempuan, huhu..alhamdulillah..dia sekarang memang suka sangat tido..hobi dia la tu, tapi pagi dia start la bangun macam abah dia dulu, suka bangun pagi nak tengok bola..huhu..
tengok..tido lagi, huhu..ni baru lepas mandi dan pakai baju, terus layu mata dia, dia kalau mandi memang tak nangis, suka betul mandi ye...anak sapo ler tu..
ini dia dengan abah dia, tengok ada iras abah dia sekarang ini, nasib baik hidung tu menurun mama dia yang comel ini..kihkih...
ok lah setakat ini lah dulu, ana cerita serba sedikit, semoga hidup ini indah dalam redhanya, insyaAllah..