Tuesday, November 10, 2009

permata Hati..



abi dan Ummi di pagi raya...


Ya Allah, kau limpahkan lah keberkatan kepada kedua ibu bapaku, panjangkanlah umur mereka dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecil, serta tempatkanlah sebuah mahligai yang indah buat mereka di syurga kelak..jadikanlah aku, anak yang mendengar kata, sabarkan lah aku taktala mendengar lenteran kecil ummi..dan jadikanlah aku anak yang mampu berjasa kepada mereka serta menjadi permata hati buat ummi dan abi..


terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan hambaMu, Abi yang bertanggungjawab serta sabar di dalam mendidik amanah yang Kau berikan kepadaNYA..

terima kasih Ya Allah kerna memberiku ummi yang tidak pernah sunyi serta bosan di dalam mendengar masalah serta rintihanku taktala aku sakit, gembira serta sedih..ummi pasti akan memahamiku..

wajah tegas abi membayangkan bertapa gigih di dalam mendidiku..
wajah lembut ummi membayangkan betapa di hatinya penuh dengan kasihnya kepadaku..

syukran ya abi..kerana tidak pernah putus memberi kata semangat kepadaku..
syukran ya ummi, kerana melahirkan ku dengan penuh kesabaran dari kecil hingga anakmu menginjak dewasa..

terima kasih ya ALLAH kerana memberi daku kedua ibubapa seperti mereka..walau berjuta wang atau emas sebesar gunung sekalipun aku tidak mampu jua membalasnya...hanya seikhlas doa sejujur harapan dari anakmu..aku ingin melihat kedua-duanya tersenyum bahagia di sampingMU kelak...aku berharap doaku ini sampai kepadaMU...

No comments: