hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan kekuatan, kekuatan memerlukan keyakinan, keyakinan menentukan kejayaan, kejayaan membawa kebahagiaan.
Wednesday, March 10, 2010
kesabaran
kesabaran itu separuh daripada iman.
sabarlah duhai hati..jangan diikutkan perasaan dan hati, nescaya engkau yang rugi..
sabarlah duhai hati, pupuklah iman segar di hati mudah-mudahan kekal dan subur sejati,
sabarlah duhai mulut,jangan dinista orang yang menghina diri...kelak jatuh maruah diri,
kehidupan menemukan kita dengan pelbagai kejadian dan ianya tentu sekali menguji kesabaran dan keimanan. orang yang hebat dan gagah itu tidak semestinya diperlihatkan dengan sasa tubuh badannya, hebat senjata perangnya, banyak kuasanya, tinggi hartanya, tetapi orang yang hebat adalah orang yang mampu menahan marahnya, membina kesabarannya apabila dihina dan dicerca.
apabila dihina dan dicerca pasti kemarahan menguasai diri, dan marah itu tidak lain hanyalah penyakit rohani yang memberi kesan pada jasmani. setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati, carilah ubat marah..
apabila kemarahan timbul dan tidak dapat ditahan dengan akal yang waras, ia akan menjalar bak api yang membakar, darah yang naik laksana wap yang memenuhi otak, sehingga kegelapan menyelubungi hati dan akhirnya menyebabkan hilangnya cahaya kejernihan daripada fikiran.. menurut Dato' Dr. Fadilah Kamsah, dalam solusi edaran 17.
terdapat rawatan secara amali, iaitu dengan membaca ta'awwuz iaitu 'aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam'. selain itu dengan mengubah posisi kedudukan untuk melunturkan rasa marah, mengambil wuduk bagi menyejukkan api kemarahan, diam dan berdoa agar Allah selamatkan kita daripada marah. banyakkan berzikir dan menyebut asma Al-Husna, serta melakukan amalan-amalan yang mampu menambah keimanan dan mendidik jiwa. banyakkan dengan minum air dan berdoa.
nilai dan hikmah sabar ada disebut di dalam ayat Allah yang berbunyi:
" dan jika kamu membalas kejahatan pihak lawan, maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bersabar." (An-Nahl:126).
kesabaran memerlukan kekuatan dalaman, jangan dibiar kemarahan menguasai hati, kerana marah boleh mengakibatkan pemikiran kita menjadi tidak rasional, lalu berlakulah keadaan yang boleh memalukan diri kita sendiri. meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya.
kita lihat contoh Rasullulah S.A.W pelbagai cubaan dan dugaan di dalam meneggakkan syariat Islam pelbagai tohmahan serta kejian yang diterima dari kaumnya sendri. malah ada rancangan jahat untuk membunuhnya, tetapi baginda tidak berdendam apatah lagi membalas perbuatan kaumnya kepadanya. hasilnya kaumnya menjadi cinta kepadanya menjadi taat kepadanya lantaran sikap dan peribadi yang tinggi di dalam menyampaikan seruan Allah.
lantaran kita yang diberi akal yang waras dan diberi nikmat ini, gunakanlah pemikiran yang sewajarnya di dalam membuat keputusan jangan dijadikan marah itu sebagai sifat yang terus menanah di dalam hati, tetapi bajailah dengan kasih syg dengan kecintaan sesama insan, buang yang keruh ambil yang jernih. pupuk dan bajainya dengan kesabaran dan jadikan prinsip hidup yang seharusnya dipegang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ya!indahnya sabar..itu janji Allah..
Post a Comment