Monday, June 28, 2010

Cahaya wajah rasulullah

Tazkirah...utk umat ISLAM..
"Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah. .marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

Wallahua'lam


‘ Bengkok’nya …..PEREMPUAN!


Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah

nak merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut – lembut,

cakap baik – baik….hai leceh betul. Tetapi kalau

dibiarkan menjadi – menjadi pulak! Kita punya kerja

pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak

pandang kiri kanan lagi.”

“ Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad ? Siapa yang buat

hal kali ni ?”

“ Staf saya si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah

monyok. Hari ni dah tak tak datang kerja. Susahlah

macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”

“ Entah – entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat

dah jump to conclusion.”

“ Alaaah….orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi

pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk

yang bengkok ? Sebab dia bengkoklah orang perempuan

suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut

patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah.

Hai susah, susah.”

“ Jangan cakap macam tu Fuad. Maksud Hadis tu bukan

begitu.”

“ Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan ? Apa

yang tak kena pulak, Naim?”

“ Maksud saya begini. Menafsirkan Hadis itu seolah –

olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai

satu golongan yang “ disadvantaged “ atau terkurang

seperti yang engkau cakapkan seolah – olah mengatakan

yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha

Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama

sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan

iman dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Hadis itu

bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke

arah melakukan perkara – perkara yang tidak baik.

“ Buktinya apabila Rasulullah s.a.w, datang membawa

ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang

sebelum itu dianggap “ golongan yang tak berguna “

kepada “ sayap kiri “ kepada masyarakat. Baginda ada

memberikan tugas – tugas yang penting kepada orang

perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang.

Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang

dengan sayap kanan.

“ Tapi memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita

nak melayan dia.”

“ Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan sahaja.

Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk

dan cara “ protes ” tu yang tak sama. Punca merajuk

sebab iman yang lemah, bukan sebab jantina.

“ Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang

perempuan dengan lemah lembut dan berhikmah. Bukankah

begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah – marah

sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah,

tetapi kitalah yang salah. Entah – entah waktu itu

kita lebih ‘ bengkok ‘ daripada mereka !”

“ Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan

aje.”

“ Aku bukannya nak bela sesiapa. Aku cuma nak betulkan

pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”

“ Apa maksud sebenar Hadis itu.”

“ Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang

rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan,

tapi seebnarnya adlaah satu “ penyempurnaan .”

Sepertimana juga usus manusia yang berlipat – lipat

dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan

tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna.

Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat ‘

pelindung .’ Ia melindungi organ – organ penting di

dalam tubuh manusia seperti jantung, paru – paru, hati

dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di

dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan

sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”

“ Oh begitu. Jadi bila Nabi katakana yang orang

perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok,

beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan

peranan mereka berbanding lelaki?”

“ Begitulah. Selain itu, maksud ‘ tulang rusuk yang

bengkok ‘ itu ialah sifat ‘ rahmah .’ Orang perempuan

itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus.

Kerana adanya sifat – sifat itu, orang perempuan boleh

sabar menjaga dan melayan anak – anaknya dengan

berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun

melakukan kerja – kerja rumah yang mungkin kepada kita

sangat membosankan.

“ Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan

sangat sesuai menjadi guru, jururawat dan apa juga

bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu, jangan cuba

buang sifat “ bengkok “ ini daripada orang perempuan

dengan memberikan mereka tugas – tugas yang tidak

sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ –organ

yang penting tadi tidak akan selamat.

“ Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkan

betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan

mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”

“ Hmm, betul tu Naim.”

“ Sebenarnya tiada siapa yang ‘ bengkok ‘ mengikut

tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya

seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada

iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha

untuk membuang sifat - sifat yang terkeji di dalam

dirinya pun akan menjadi bengkok juga, malah lebih

bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki

dirinya.”

“ Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah

-marah dan tidak sabar.

“ Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu

lebih ‘ bengkok ‘ daripada kita. Sebaliknya kita patut

sentiasa merasakan yang kitalah lebih ‘ bengkok ‘

daripada semua orang lain.

Kisah ini dipetik dari risalah Menyingkap Rahsia Insan

Tuesday, June 22, 2010

kata-kata hikmah..



seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya
tetapi, seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya..~ peribahasa Acheh~


hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong namun pandangan mata, ayunan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua kaki dan sikap tubuh atau seluruh anggota badan akan membohongkan membohongkan apa yang diucapkan oleh lidah.- saidina Ali Abi Thalib-

satu impian lebih baik dari seribu mimpi
satu kesedaran lebih baik dari seribu impian
satu tindakan lebih baik dari seribu tindakan
satu keikhlasan lebih baik dari seribu matlamat.