“ Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah
nak merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut – lembut,
cakap baik – baik….hai leceh betul. Tetapi kalau
dibiarkan menjadi – menjadi pulak! Kita punya kerja
pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak
pandang kiri kanan lagi.”
“ Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad ? Siapa yang buat
hal kali ni ?”
“ Staf saya si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah
monyok. Hari ni dah tak tak datang kerja. Susahlah
macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”
“ Entah – entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat
dah jump to conclusion.”
“ Alaaah….orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi
pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk
yang bengkok ? Sebab dia bengkoklah orang perempuan
suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut
patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah.
Hai susah, susah.”
“ Jangan cakap macam tu Fuad. Maksud Hadis tu bukan
begitu.”
“ Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan ? Apa
yang tak kena pulak, Naim?”
“ Maksud saya begini. Menafsirkan Hadis itu seolah –
olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai
satu golongan yang “ disadvantaged “ atau terkurang
seperti yang engkau cakapkan seolah – olah mengatakan
yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha
Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama
sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan
iman dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Hadis itu
bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke
arah melakukan perkara – perkara yang tidak baik.
“ Buktinya apabila Rasulullah s.a.w, datang membawa
ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang
sebelum itu dianggap “ golongan yang tak berguna “
kepada “ sayap kiri “ kepada masyarakat. Baginda ada
memberikan tugas – tugas yang penting kepada orang
perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang.
Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang
dengan sayap kanan.
“ Tapi memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita
nak melayan dia.”
“ Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan sahaja.
Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk
dan cara “ protes ” tu yang tak sama. Punca merajuk
sebab iman yang lemah, bukan sebab jantina.
“ Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang
perempuan dengan lemah lembut dan berhikmah. Bukankah
begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah – marah
sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah,
tetapi kitalah yang salah. Entah – entah waktu itu
kita lebih ‘ bengkok ‘ daripada mereka !”
“ Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan
aje.”
“ Aku bukannya nak bela sesiapa. Aku cuma nak betulkan
pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”
“ Apa maksud sebenar Hadis itu.”
“ Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang
rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan,
tapi seebnarnya adlaah satu “ penyempurnaan .”
Sepertimana juga usus manusia yang berlipat – lipat
dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan
tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna.
Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat ‘
pelindung .’ Ia melindungi organ – organ penting di
dalam tubuh manusia seperti jantung, paru – paru, hati
dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di
dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan
sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”
“ Oh begitu. Jadi bila Nabi katakana yang orang
perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok,
beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan
peranan mereka berbanding lelaki?”
“ Begitulah. Selain itu, maksud ‘ tulang rusuk yang
bengkok ‘ itu ialah sifat ‘ rahmah .’ Orang perempuan
itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus.
Kerana adanya sifat – sifat itu, orang perempuan boleh
sabar menjaga dan melayan anak – anaknya dengan
berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun
melakukan kerja – kerja rumah yang mungkin kepada kita
sangat membosankan.
“ Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan
sangat sesuai menjadi guru, jururawat dan apa juga
bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu, jangan cuba
buang sifat “ bengkok “ ini daripada orang perempuan
dengan memberikan mereka tugas – tugas yang tidak
sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ –organ
yang penting tadi tidak akan selamat.
“ Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkan
betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan
mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”
“ Hmm, betul tu Naim.”
“ Sebenarnya tiada siapa yang ‘ bengkok ‘ mengikut
tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya
seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada
iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha
untuk membuang sifat - sifat yang terkeji di dalam
dirinya pun akan menjadi bengkok juga, malah lebih
bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki
dirinya.”
“ Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah
-marah dan tidak sabar.
“ Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu
lebih ‘ bengkok ‘ daripada kita. Sebaliknya kita patut
sentiasa merasakan yang kitalah lebih ‘ bengkok ‘
daripada semua orang lain.
Kisah ini dipetik dari risalah Menyingkap Rahsia Insan
No comments:
Post a Comment