Wednesday, October 21, 2009

milik siapakah hatimu??


taktala desir angin petang yang bertiup,

membelai lembut wajah yang berjilbab putih,

melihat wajah itu menyembunyikan rasa hati yang membara,

Ya Allah...Tuhan pemilik segala Hati,

jangan pecah-pecahkan hati ini,

jangan biarkan hati ini terkapai-kapai dalam lautan perasaan yang tak berpenghujung,

Ya Allah, Tuhan Pemilik Cinta,

rasa kasihMu yang Agung membuatkan hati ini hidup,

rasa kasihMU yang tak bertepi membuatkan hati ini teguh,

teguh di dalam Mencari Keredhaan kepadaMu...

Ya Allah, hanya padaMU tempat ku mencari ketenangan ...

hanya PadaMu ku berlindung di dalam mencari pemilik cInta...

Sunday, October 18, 2009

kenangan terindah



Sering teringat dan terkenang, ketika saat aku ditinggalkan untuk menjalani rutin sebagai seorang pelajar di Maahad Syamsul Maarif Lilbanat..byk kenangan bersama-sama teman, bersama-sama ustaz dan ustazah yang tidak jemu menberi titisan ilmu lantaran diri masih kecil dan kerdil untuk mengerti mengenai ilmu dan banyak perkara yang lain yang menjadikan aku tabah dewasa menghadapi hidup...selama 7 tahun di situ dan selama 5 tahun aku tinggal di perkarangan usang asrama. Bagunan sekolah yang kebanyakkan dari kayu dan ianya masih gah berdiri bersama deruan air yang perlahan mengalir di belakang sekolah dengan pandangan sawah padi yang menguning apabila musimnya hadir..burung-burung bangau menari riang pada waktu pagi seindah kerdipan matahari yang turut sama menyinari perkarangan sekolah..

kehidupan aku kian berubah apabila abah meninggalkan aku di asrama pondok disitu. segalanya perlu berdikari, masak sendiri, basuh pakaian sendiri.. urusan diri dan juga pelajaran. aku amat mengemari suasana di situ apabila musim buah tiba, tuan rumah akan menyuruhku dan teman2ku ke kebun, memetik buah-buahan yang segar dan besar belaka...tidak perlu tunggu untuk pulang..memetik buah di dusun nenek.

DI maahad, kepimpinan ku kian menyerlah dengan pelbagai aktiviti dari tingkatan 3 sehingga ke tingkatan 6 dari penolong ke hingga ketua kelas, dari ahli biasa menjadi pengerusi, aku yang memang aktif bersukan sering diberi dorongan oleh guru-guru..namun pelajaran tetap menjadi keutamaan...itu semua datang dari dorongan teman-teman dan jua guru-guru..sehingga aku mampu menjadi wakil tunggal untuk daearah serta ke peringkat negeri utk aktiviti sukanku..setelah usai tingkatan 5, dengan yakin ustazah mengatakan aku bisa mendapat tawaran ipta, memang benar seperti yang diduga aku memperolehi tawaran ke Uitm untuk diploma pengurusan teknologi pejabat..oleh kerana pelbagai nasihat diberikan aku tekad untuk meneruskan pengajian ke tingkatan 6 bawah walaupun aku kurang yakin dengan kemampuan aku yang hanya pelajar sederhana yang tidak pula bijak.


ketika tingkatan 6, aku sering keluar apabila menjadi wakil bg sekolah ku untuk aktiviti luar...tidak jemu dengan itu, peningkatan dlm pelajaran ada naik dan turunya..semua itu tidak melemahkan semangat ku..abah sering mengatakan keyakinan kepadaku..walaupun hanya pandangan jauh. Dugaan memang tak pernah sunyi dalam hidup ini, lantaran dugaan ini aku jadi lebih dewasa..kesakitan ketika menempuh ujian terakhir tidak mematahkan aku, alhamdullilah walaupun tidak mendapat keputusan terbaik, aku layak untuk memasuki ke universiti menyambung sarjana muda ku di dalam jurusan sains kemanusiaan pengkhususan sains politik...
Abang dan abah, yang menghantarku..memberi pelbagai kata semangat..dan wajah lesu abah di dalam bas ketika menghantarku ke Bangi, tidak akan kulupa..begitu tinggi dan besar harapannya..dia yang membatalkan hasratnya untuk menyambung pelajaran demi anak-anak lantaran kbanyakkan dari adik-adikku yang masih kecil..hampir 3 tahun aku disini...di bumi ukm..bersama teman-teman yang berusaha menyiapkan tesis akhir kami..

DI sini dan di kesempatan ini, aku mengucap ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman, guru-guru dan terutama utk abah dan mama yang tidak pernah habis memberikan kata semangat untuk aku berjuang di dalam lapangan ilmu...rasa kasih dan secakir rindu ini tidak akan pernah berhenti dan padam,,kerana mengharap redha yang Maha Satu..

cinta luar biasa


Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

Friday, October 16, 2009

pesonaNya Sabar

.... Jangan jd orang tidak sabar, terus bersabar tetap bersabar...sabar itu sebahagian dari iman
jadikan ia satu amalan, awan tidak sentiasa mendung, langit yg cerah pasti akan dtg, ombak tidak sentiasa menggulung menghempas bahtera di laut, kadangkala tenang mendamaikan hati yg rawan.. begitulah satu gambaran, pasti akan tiba kemudahan gambran iman di sisi Tuhan..
kata pujangga orang yg bersabar umpama sang pahlawan gagah berani, die digeruni, berkorban rela mati...

Allah S.W.T telah menggambarkan dalam Al-Quran tentang ketinggian sifat sabar sebagaimana firmanNYA yg bermaksud:
"jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikhendaki agar diambil berat (melakukannya)."(Ali'Imran:186)


menurut kamus dewan, perkataan sabar mempunyai dua erti,pertama iaitu sanggup menahan penderitaan dan kedua iaitu tidak terburu-buru.

kita haru mengakui bhw kehidupan di dunia ini penuh onak dan cabarannya, malah kadang-kadang terpaksa bertungkus lumus mencurahkan tenaga yang banyak, namun hasilnya masih belum kelihatan, inilah gambaran dunia yang mencabar kesungguhan, ketekunan dan kesabaran kita.

oleh itu, setiap org mesati bersabar dalam menghadapi segala cabaran hidup.Janji dan jaminan Allah SWT kpd orang yg bersabar adalh bukti kebaikan yg tidak ada tolak bandingnya.
firman Allah SWT yg bermaksud:
"demi sesungguhnya! kami akan menguji kamu dengan sedikt perasaan takut (kpd musuh) dan (dgn merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya)kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar." (Al Baqarah:155)


kita disuruh bersabar kerana dengan kesabaran itu kita akn merasakan manisnya kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat akn dpt dicapai. ini bertepatan maksud firman Allah SWT yg bermaksud: " sesungguhnya orang-orang yg bersabar sahajalah yang disempurnakan pahala mereka yg tidak terkira." (Az-Zumar:10)

heart...


di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah S.W.T...

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah S.W.T...

di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya...

di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNYA dan bermohon kepadaNYA..

di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dgn suruhan dan laranganNYA serta qadha dan qodarNYA serta kesenantiasaan sabar menemuiNYA...

haTI itu Buas


Berkata Ali Bin Abu ThALib:
" Hati Itu Buas, BarAngsiapa Menjinakkan Hatinya, maka Hatinya datang kepadanya"


" Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat Allah, Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak didengar untuk mendengar ayat Allah,


perumpamaan mereka itu seperti binantang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (surah AL-A'Raf ayat:179)




Jangan berlebih-lebih Dengan Rezeki Allah


sebagai seorang mukmin, kita dilarang dari menyesali nasib, apatah lagi menyalahkan dan menghina pemberianNYA...jika difikir..apalah sangat ujian-NYA kalau hendak dihitung dgn nikmat yg Allah kurniakan, sama ad
sedar atau tidak sedar..yang pasti kita tidak mampu membilang sebanyak-banyak kurniaaNYA... la tahof wa la tahzan innAllah hama ana... jangan takut jangan bimbang Allah sentiasa bers
amaku.. jgn sesekali bersedih dengan ciptaan yang dikurniakan olehNYA sama ad kecacatan, kekurangan dan sebagainya..sebaliknya bersyukurlah dengan apa yg ada kerana Allah tidak pernah melupakan setiap hamba-hambaNYA..kerana Allah itu Maha Pengasih lg Maha Penyanyang.. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasullulah S.A.W bersabda yg bermaksud, "lihatlh kpd orang yg lebih rendah daripadamu dan jgn melihat kpd org yg lbh tinggi..itulah tembok yg kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu".

Monday, October 12, 2009

ciptaanya...


Alhamdullilah,
syukur kpd pencipta..
yg telah menciptakan mataku utk melihat sgl keindahan yg terbentang luas..seluas samudera..

AllahuAkbar,
Kerana memberiku mulut yang mampu petah berkata-kata, mengalunkan bicara cinta...

Subhanallah,
kerana memberiku tangan jua kaki untukku bergerak pantas..pergi ke setiap tempat yg kuingini..

memberiku kulit yg menetupi, memberiku akal utk waras berfikir..

tetapkan hatiku, dalam nikmat syukur kpdMU..tetapkan seyumanku di dalam memujiMU..
tetapkan jiwaku di dalam akidahMU..hanya ENGKAU yg satu RABBIKU...