.... Jangan jd orang tidak sabar, terus bersabar tetap bersabar...sabar itu sebahagian dari iman
jadikan ia satu amalan, awan tidak sentiasa mendung, langit yg cerah pasti akan dtg, ombak tidak sentiasa menggulung menghempas bahtera di laut, kadangkala tenang mendamaikan hati yg rawan.. begitulah satu gambaran, pasti akan tiba kemudahan gambran iman di sisi Tuhan..
kata pujangga orang yg bersabar umpama sang pahlawan gagah berani, die digeruni, berkorban rela mati...
Allah S.W.T telah menggambarkan dalam Al-Quran tentang ketinggian sifat sabar sebagaimana firmanNYA yg bermaksud:
"jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikhendaki agar diambil berat (melakukannya)."(Ali'Imran:186)
menurut kamus dewan, perkataan sabar mempunyai dua erti,pertama iaitu sanggup menahan penderitaan dan kedua iaitu tidak terburu-buru.
kita haru mengakui bhw kehidupan di dunia ini penuh onak dan cabarannya, malah kadang-kadang terpaksa bertungkus lumus mencurahkan tenaga yang banyak, namun hasilnya masih belum kelihatan, inilah gambaran dunia yang mencabar kesungguhan, ketekunan dan kesabaran kita.
oleh itu, setiap org mesati bersabar dalam menghadapi segala cabaran hidup.Janji dan jaminan Allah SWT kpd orang yg bersabar adalh bukti kebaikan yg tidak ada tolak bandingnya.
firman Allah SWT yg bermaksud:
"demi sesungguhnya! kami akan menguji kamu dengan sedikt perasaan takut (kpd musuh) dan (dgn merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya)kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar." (Al Baqarah:155)
kita disuruh bersabar kerana dengan kesabaran itu kita akn merasakan manisnya kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat akn dpt dicapai. ini bertepatan maksud firman Allah SWT yg bermaksud: " sesungguhnya orang-orang yg bersabar sahajalah yang disempurnakan pahala mereka yg tidak terkira." (Az-Zumar:10)
No comments:
Post a Comment