Sunday, October 18, 2009

kenangan terindah



Sering teringat dan terkenang, ketika saat aku ditinggalkan untuk menjalani rutin sebagai seorang pelajar di Maahad Syamsul Maarif Lilbanat..byk kenangan bersama-sama teman, bersama-sama ustaz dan ustazah yang tidak jemu menberi titisan ilmu lantaran diri masih kecil dan kerdil untuk mengerti mengenai ilmu dan banyak perkara yang lain yang menjadikan aku tabah dewasa menghadapi hidup...selama 7 tahun di situ dan selama 5 tahun aku tinggal di perkarangan usang asrama. Bagunan sekolah yang kebanyakkan dari kayu dan ianya masih gah berdiri bersama deruan air yang perlahan mengalir di belakang sekolah dengan pandangan sawah padi yang menguning apabila musimnya hadir..burung-burung bangau menari riang pada waktu pagi seindah kerdipan matahari yang turut sama menyinari perkarangan sekolah..

kehidupan aku kian berubah apabila abah meninggalkan aku di asrama pondok disitu. segalanya perlu berdikari, masak sendiri, basuh pakaian sendiri.. urusan diri dan juga pelajaran. aku amat mengemari suasana di situ apabila musim buah tiba, tuan rumah akan menyuruhku dan teman2ku ke kebun, memetik buah-buahan yang segar dan besar belaka...tidak perlu tunggu untuk pulang..memetik buah di dusun nenek.

DI maahad, kepimpinan ku kian menyerlah dengan pelbagai aktiviti dari tingkatan 3 sehingga ke tingkatan 6 dari penolong ke hingga ketua kelas, dari ahli biasa menjadi pengerusi, aku yang memang aktif bersukan sering diberi dorongan oleh guru-guru..namun pelajaran tetap menjadi keutamaan...itu semua datang dari dorongan teman-teman dan jua guru-guru..sehingga aku mampu menjadi wakil tunggal untuk daearah serta ke peringkat negeri utk aktiviti sukanku..setelah usai tingkatan 5, dengan yakin ustazah mengatakan aku bisa mendapat tawaran ipta, memang benar seperti yang diduga aku memperolehi tawaran ke Uitm untuk diploma pengurusan teknologi pejabat..oleh kerana pelbagai nasihat diberikan aku tekad untuk meneruskan pengajian ke tingkatan 6 bawah walaupun aku kurang yakin dengan kemampuan aku yang hanya pelajar sederhana yang tidak pula bijak.


ketika tingkatan 6, aku sering keluar apabila menjadi wakil bg sekolah ku untuk aktiviti luar...tidak jemu dengan itu, peningkatan dlm pelajaran ada naik dan turunya..semua itu tidak melemahkan semangat ku..abah sering mengatakan keyakinan kepadaku..walaupun hanya pandangan jauh. Dugaan memang tak pernah sunyi dalam hidup ini, lantaran dugaan ini aku jadi lebih dewasa..kesakitan ketika menempuh ujian terakhir tidak mematahkan aku, alhamdullilah walaupun tidak mendapat keputusan terbaik, aku layak untuk memasuki ke universiti menyambung sarjana muda ku di dalam jurusan sains kemanusiaan pengkhususan sains politik...
Abang dan abah, yang menghantarku..memberi pelbagai kata semangat..dan wajah lesu abah di dalam bas ketika menghantarku ke Bangi, tidak akan kulupa..begitu tinggi dan besar harapannya..dia yang membatalkan hasratnya untuk menyambung pelajaran demi anak-anak lantaran kbanyakkan dari adik-adikku yang masih kecil..hampir 3 tahun aku disini...di bumi ukm..bersama teman-teman yang berusaha menyiapkan tesis akhir kami..

DI sini dan di kesempatan ini, aku mengucap ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman, guru-guru dan terutama utk abah dan mama yang tidak pernah habis memberikan kata semangat untuk aku berjuang di dalam lapangan ilmu...rasa kasih dan secakir rindu ini tidak akan pernah berhenti dan padam,,kerana mengharap redha yang Maha Satu..

No comments: