Saturday, July 30, 2011

Bulan yang dinanti

Alhamdulillah, insyaAllah kita akan bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah bulan yang penuh penantian daripada hamba-hamba yang sentiasa mengharap akan keredhaan dan cahaya kasihNYA, hanya sebulan diberi untuk bersamanya iaitu bulan Ramadhan Al-Kareem, bulan yang terkandungnya keistimewaan, serta ganjaran pahala yang berlipat ganda dengan kehadiran Lailatul qadar, yang menyamai 83 tahun 4 bulan. Alangkah rugi jika kita tidak merebut peluang yang diberikan ini.

Mengapa bulan ini dikatakan istimewa di antara bulan-bulan yang lain?

ini kerana bulan ini dipenuhi dengan segala kerahmatan, keberkatan, dan keredhaan Allah serta pengampunan dosa ke atas hamba-hambaNYA, maka bagi orang yang berfikir, bukankah Allah sentiasa menunjukkan kasihNya yang agung kepada hambaNYA.,maka saat inilah kita menagih kasihNYA..merebutnya.

bagaimana untuk mengenali Ramadhan?

Ramadhan merupakan bulan kesembilan dalam tahun hijrah kalendar Islam, lafaz Ramadhan berasal daripada perkataan yang bermaksud sangat panas atau membakar. Dalam konteks Ramadhan, ia bermaksud sebagai bulan yang membakar dan menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa.Ada Ulama yang menguraikan Ramadhan sebagai:

-KEREDHAAN ALLAH
- KEAMPUNAN ALLAH
-JAMINAN ALLLAH
-KEMESRAAN ALLAH
-ANUGERAH NIKMAT ALLAH

Bagaimana persiapan menyambut ketibaan Ramadhan?

sebagaimana bulan-bulan yang lain seperti syawal, zulhijah dan sebagainya, ada persiapan yang dibuat untuk menyambtunya, begitu juga dengan Ramadhan, bukan persiapannya, dengan memasak pelbagai hidangan yang tidak pernah dibuat sebelum ini, bukan seperti persiapan zahir tetapi lebih kepada persiapan yang bersifat keilmuaan, persiapan emosi/kejiwaan, persiapan mental dan persiapan sikap. Bulan ini bukan bukan bulan untuk makanan jasad tetapi lebih kepada makanan ruh kita.

  • persiapan keilmuan, ialah kita mempersiapkan diri kita mempelajari dan memahami tentang ibadat puasa yang akan kita laksanakan, bagi memastikan kita memperolehi darjat puasa yang terbaik.
  • persiapan emosi/ kejiawaan pula ialah memupuk rasa rindu akan bulan ramadhan ini, agar jiwa kita dapat didik dengan 'tarbiah Ramadhan" yang akan kita lalui.
  • persiapan mental ialah meletakkan asas pemikiran yang positif bahawa kedatangan Ramadhan kali ini, akan dihayati dengan sepenuhnya dan ianya akan dilaksanakan lebih baik daripada bulan Ramadhan yang lalu.
  • persiapan sikap mempunyai tekad dan keazaman bagi memanfaatkan setiap detik masa di bulan Ramadhan,agar dapat kita khatam quran sekurang-kurangya sekali, dan menghidupkan ramadhan itu dengan solat terawih, dan solat-solat sunat yang lain. 
Peristiwa penting yang berlaku pada bulan Ramadhan; banyak peristiwa serta sejarah agung yang tercatat di dalam bulan ini antaranya ialah turunnya kitab suci kita iaitu Al-Quran, berlakunya peperangan badar, pembukaan kota Mekah, serta penurunan kitab-kitab suci yang lain seperti taurat, injil dan suhuf Nabi Ibrahim.

Keistimewaan Ramadan

ramadan adalah bulan yang dipilih oleh Allah untuk diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk dan panduan kepada manusia di dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ibadat puasa yang merupakan salah satu rukun islam dilaksanakan pada bulan barakah ini, kerana terdapatnya keistimewaan-keistimewaan, serta pahala yang berlipat ganda daripa bulan yang lain. selain itu, ramadan adalah penghulu segala bulan di mana pada awalnya membawa rahmat, pertengahannya keampunan, dan akhirnya pembebasan daripada api neraka. seandainya kita mengetahui kebesaran dan keagungan ramadan, nescaya kita mahu menjadikannya bulan bagi sepanjang tahun.










Thursday, July 14, 2011

keje Oh keje


Assalamualaikum..
Malam yang dingin, ditambahi dengan cahaya bulan yang terang, menyinari alam..indah kurnianNYA..
kekadang hidup ni, takkan seindah yang kita mahukan, tidak seperti perancangan yang kita inginkan, tidak seperti yang kita jangkakan. Begitu juga dengan aku, insan yang serba kekurangan..,tidak lari dengan permasalahan hidup. hampir setahun dibelengu dengan masalah dunia ni..hehe

setelah tamat belajar di institusi, macam-macam kepala ni planning nak wat itu dan ini..kadang-kadang, kepala rasa pening dan pusing, aku memang tak memilih pekerjaan, tapi orang nak bagi pekerjaan itu yang memilih.ish...ish..dunia,dunia..iye la, bila mintak keje pangkat rendah, orang kata tak layak dengan kelulusan yang ada, siap cakap lagi, pikir dulu..Memang dah  x terfikir dah, kalau keje sekarang mudah nak dapat, takdenya saya gatai-gatai isi borang mintak pangkat rendah pakcik..bila mintak pangkat atas, orang kata memilih keje la tu..iye la, orang suka mengata je kejenya. dah Memang belum sampai rezeki, bukan tak nak keje dah dapat keje part time, pun mengata jugak..dunia.dunia..

kesakitan jiwa semakin bertambah, apabila orang dengan riak mengatakan, tengok aku tak payah belajar tinggi-tinggi senang je dapat keje, yang belajar-belajar jauh sampai ke bulan belum tentu lagi dapat keje, encik-encik, puan-puan..zaman encik dengan saya tak sama, dan lagi satu, saya belajar tinggi-tinggi tujuan untuk menimba ilmu, kadang-kadang, lebih baik je cakap , saya hanya lepasan sekolah rendah..hah, puah ati..mengata lagi..rezeki masing-masing, jangan riak ye,nanti Allah tarik rezeki tu baru tahu.

saya bukan tak beruasaha mintak keje, tapi dah pelbagai keje saya mintak, kalau tak, takdenya saya hanya keje dengan gaji yang tak sampi rm200 tu, kadang-kadang rasa malu dan sedih, bukan sebab saya malu dengan keje gaji yang tak seberapa, tetapi kerana mulut manusia yang lebih tajam daripada pedang tu menusuk ke kalbu saya. sedih lagi, mengata saya keje hanya keje itu je, sekurangnya saya keje, daripada saya tidak berbuat apa..itu yang saya fikir untuk memujuk diri.

orang yang mengata hanya melihat kepada kesenangan, cuba lihat dari aspek kesusahan,
saya juga punya impian untuk menolong dan membantu keluarga sehingga berasa keluh kesah, jikalau saya masih menjadi beban, tetapi saya yakin Allah itu ada, rezeki bukan dari bentuk wang, yang mudah nampak pada zahirnya, rezeki itu diperolehi daripada banyak sumber,tanpa disangka-sangka. memang benar penganguran itu satu kerugian, tapi percayalah, saya bukan inginkan satu kerugian.,tapi saya masih bertatih untuk mendapatkan satu impian..impian untuk memberi kesenangan kepada ibu dan ayah..saya hanya merencana, dan sebaik-baiknya ketetapan dan ketentuanNya adalah satu pemberianNya yang tak disangka-sangka.




Friday, July 8, 2011

mutiara nasihat...



 pertanyaan seorang anak kepada bapanya...



Anak Luqman Al-Hakim pernah bertanya kepada ayahnya;" wahai ayahku, apabila manusia ingin menjadi baik apakah perkara yang paling asas yang perlu dimiliki?.
Jawab Luqman: "Agama".

Anaknya bertanya lagi;"jika dua perkara?"
Luqman menjawab: agama dan harta.
"jika tiga perkara?" jawabnya "Agama, harta dan malu".
"jika empat perkara?" jawab Luqman" agama, harta, malu dan akhlak yang mulia".
"jika lima perkara?" jawab Luqman lagi" agama, harta, malu, akhlak yang mulia dan pemurah".
anaknya bertanya lagi, "jika enam perkara?" jawab ayah kesayangannya
"wahai anakku! apabila kelima-lima perkara ini berhimpun pada seorang, maka orang ini adalah manusia yang bersih lagi bertakwa".