Assalamualaikum..
Malam yang dingin, ditambahi dengan cahaya bulan yang terang, menyinari alam..indah kurnianNYA..
kekadang hidup ni, takkan seindah yang kita mahukan, tidak seperti perancangan yang kita inginkan, tidak seperti yang kita jangkakan. Begitu juga dengan aku, insan yang serba kekurangan..,tidak lari dengan permasalahan hidup. hampir setahun dibelengu dengan masalah dunia ni..hehe
setelah tamat belajar di institusi, macam-macam kepala ni planning nak wat itu dan ini..kadang-kadang, kepala rasa pening dan pusing, aku memang tak memilih pekerjaan, tapi orang nak bagi pekerjaan itu yang memilih.ish...ish..dunia,dunia..iye la, bila mintak keje pangkat rendah, orang kata tak layak dengan kelulusan yang ada, siap cakap lagi, pikir dulu..Memang dah x terfikir dah, kalau keje sekarang mudah nak dapat, takdenya saya gatai-gatai isi borang mintak pangkat rendah pakcik..bila mintak pangkat atas, orang kata memilih keje la tu..iye la, orang suka mengata je kejenya. dah Memang belum sampai rezeki, bukan tak nak keje dah dapat keje part time, pun mengata jugak..dunia.dunia..
kesakitan jiwa semakin bertambah, apabila orang dengan riak mengatakan, tengok aku tak payah belajar tinggi-tinggi senang je dapat keje, yang belajar-belajar jauh sampai ke bulan belum tentu lagi dapat keje, encik-encik, puan-puan..zaman encik dengan saya tak sama, dan lagi satu, saya belajar tinggi-tinggi tujuan untuk menimba ilmu, kadang-kadang, lebih baik je cakap , saya hanya lepasan sekolah rendah..hah, puah ati..mengata lagi..rezeki masing-masing, jangan riak ye,nanti Allah tarik rezeki tu baru tahu.
saya bukan tak beruasaha mintak keje, tapi dah pelbagai keje saya mintak, kalau tak, takdenya saya hanya keje dengan gaji yang tak sampi rm200 tu, kadang-kadang rasa malu dan sedih, bukan sebab saya malu dengan keje gaji yang tak seberapa, tetapi kerana mulut manusia yang lebih tajam daripada pedang tu menusuk ke kalbu saya. sedih lagi, mengata saya keje hanya keje itu je, sekurangnya saya keje, daripada saya tidak berbuat apa..itu yang saya fikir untuk memujuk diri.
orang yang mengata hanya melihat kepada kesenangan, cuba lihat dari aspek kesusahan,
saya juga punya impian untuk menolong dan membantu keluarga sehingga berasa keluh kesah, jikalau saya masih menjadi beban, tetapi saya yakin Allah itu ada, rezeki bukan dari bentuk wang, yang mudah nampak pada zahirnya, rezeki itu diperolehi daripada banyak sumber,tanpa disangka-sangka. memang benar penganguran itu satu kerugian, tapi percayalah, saya bukan inginkan satu kerugian.,tapi saya masih bertatih untuk mendapatkan satu impian..impian untuk memberi kesenangan kepada ibu dan ayah..saya hanya merencana, dan sebaik-baiknya ketetapan dan ketentuanNya adalah satu pemberianNya yang tak disangka-sangka.
No comments:
Post a Comment