Saturday, July 30, 2011

Bulan yang dinanti

Alhamdulillah, insyaAllah kita akan bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah bulan yang penuh penantian daripada hamba-hamba yang sentiasa mengharap akan keredhaan dan cahaya kasihNYA, hanya sebulan diberi untuk bersamanya iaitu bulan Ramadhan Al-Kareem, bulan yang terkandungnya keistimewaan, serta ganjaran pahala yang berlipat ganda dengan kehadiran Lailatul qadar, yang menyamai 83 tahun 4 bulan. Alangkah rugi jika kita tidak merebut peluang yang diberikan ini.

Mengapa bulan ini dikatakan istimewa di antara bulan-bulan yang lain?

ini kerana bulan ini dipenuhi dengan segala kerahmatan, keberkatan, dan keredhaan Allah serta pengampunan dosa ke atas hamba-hambaNYA, maka bagi orang yang berfikir, bukankah Allah sentiasa menunjukkan kasihNya yang agung kepada hambaNYA.,maka saat inilah kita menagih kasihNYA..merebutnya.

bagaimana untuk mengenali Ramadhan?

Ramadhan merupakan bulan kesembilan dalam tahun hijrah kalendar Islam, lafaz Ramadhan berasal daripada perkataan yang bermaksud sangat panas atau membakar. Dalam konteks Ramadhan, ia bermaksud sebagai bulan yang membakar dan menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa.Ada Ulama yang menguraikan Ramadhan sebagai:

-KEREDHAAN ALLAH
- KEAMPUNAN ALLAH
-JAMINAN ALLLAH
-KEMESRAAN ALLAH
-ANUGERAH NIKMAT ALLAH

Bagaimana persiapan menyambut ketibaan Ramadhan?

sebagaimana bulan-bulan yang lain seperti syawal, zulhijah dan sebagainya, ada persiapan yang dibuat untuk menyambtunya, begitu juga dengan Ramadhan, bukan persiapannya, dengan memasak pelbagai hidangan yang tidak pernah dibuat sebelum ini, bukan seperti persiapan zahir tetapi lebih kepada persiapan yang bersifat keilmuaan, persiapan emosi/kejiwaan, persiapan mental dan persiapan sikap. Bulan ini bukan bukan bulan untuk makanan jasad tetapi lebih kepada makanan ruh kita.

  • persiapan keilmuan, ialah kita mempersiapkan diri kita mempelajari dan memahami tentang ibadat puasa yang akan kita laksanakan, bagi memastikan kita memperolehi darjat puasa yang terbaik.
  • persiapan emosi/ kejiawaan pula ialah memupuk rasa rindu akan bulan ramadhan ini, agar jiwa kita dapat didik dengan 'tarbiah Ramadhan" yang akan kita lalui.
  • persiapan mental ialah meletakkan asas pemikiran yang positif bahawa kedatangan Ramadhan kali ini, akan dihayati dengan sepenuhnya dan ianya akan dilaksanakan lebih baik daripada bulan Ramadhan yang lalu.
  • persiapan sikap mempunyai tekad dan keazaman bagi memanfaatkan setiap detik masa di bulan Ramadhan,agar dapat kita khatam quran sekurang-kurangya sekali, dan menghidupkan ramadhan itu dengan solat terawih, dan solat-solat sunat yang lain. 
Peristiwa penting yang berlaku pada bulan Ramadhan; banyak peristiwa serta sejarah agung yang tercatat di dalam bulan ini antaranya ialah turunnya kitab suci kita iaitu Al-Quran, berlakunya peperangan badar, pembukaan kota Mekah, serta penurunan kitab-kitab suci yang lain seperti taurat, injil dan suhuf Nabi Ibrahim.

Keistimewaan Ramadan

ramadan adalah bulan yang dipilih oleh Allah untuk diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk dan panduan kepada manusia di dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ibadat puasa yang merupakan salah satu rukun islam dilaksanakan pada bulan barakah ini, kerana terdapatnya keistimewaan-keistimewaan, serta pahala yang berlipat ganda daripa bulan yang lain. selain itu, ramadan adalah penghulu segala bulan di mana pada awalnya membawa rahmat, pertengahannya keampunan, dan akhirnya pembebasan daripada api neraka. seandainya kita mengetahui kebesaran dan keagungan ramadan, nescaya kita mahu menjadikannya bulan bagi sepanjang tahun.










No comments: