Thursday, December 23, 2010

selamat Tahun Baru


Tahun baru Islam sudah lama bermula dan tidak lama lagi muncul pula tahun baru masihi iaitu 2011. keazaman baru, semangat baru, usaha yang semakin berlimpat ganda, insyaAllah.

Setiap kali munculnya tahun baru, mungkin pelbagai pembaharuan yang kita ingin capai, bagi yang masih berstatus pelajar mungkin mahu meningkatkan PNGA, yang sudah berkerja mungkin ingin memiliki sesuatu seperti rumah, kenderaan dan mungkin akan berumah tangga, jadi ianya memerlukan bukan sedikit kudrat tetapi banyak usaha bagi memastikan tercapainya azam pada tahun baru ini. Kesabaran di dalam berusaha dan tidak berputus asa memungkinkan kita mencapainya dengan niat keranaNYA..usaha~doa~tawakkal insyaAllah Najah yang menghampiri.

Diungakapkan sedikit nukilan indah dari Ummu Abbas, 2009

Salam di tahun baru Hijrah. Hijrah Nabi Muhammad yang memberi erti galakan berhijrah dari sifat yang buruk kepada akhlak yang lebih baik,

hijrah dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya IMAN dan ISLAM,
hijrah dari jiwa yang sedih kepada bahagia,
hijrah dari maksiat kepada amal soleh,
hijrah dari jahil kepada alim.

sama-sama kita mengingati peristiwa Hijrah Rasullullah, terkandungnya pelbagai hikmah dan pengajaran dari bermulanya peristiwa perjanjian Aqabah i dan ii sehingga kepada perjanjian Hudaibiyah dan seterusnya kepada pembentukan atau pembukaan Kota Makkah.

Hijrah itu sendiri membawa pengertian yang elok yang baik, iaitu kepada sesuatu yang bersifat negatif kepada yang positif, contohnya seperti usaha, dari malas kepada rajin, yang lemah kepada kuat. Maka mengapa kita masih berlengah-lengah untuk perkara sebegini, bagi saya untuk menjadi baik itu, tidak perlu kita menunggu akan tahun yang akan datang, kini juga kita boleh membuat perubahan, membuat strategi, membuat peningkatan ke arah yang lebih baik.



Monday, November 22, 2010

mari-mari beli ini punya ubat..

Ini adalah iklan semata-mata..sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pengedarnya..hehe...


Detox foot patch- Nyah toksin dalam badan


Add caption



Fungsi Dan Keberkesanan
• Membantu menyerap singkir racun toksin dalam tubuh.
• Melegakan kesakitan dan lenguh otot dan sendi.
• Melegakan kesakitan GOUT.
• Perbaiki edaran darah.
• Mengurangkan alahan (asthma dan lain-lain alahan)
• Menyembuh sakit kepala dan migrane.
• Tingkatkan kecergasan
• Membantu tidur yang lena.
• Mengurangkan tekanan stress
• Memperbaiki sistem penghadaman
• Meningkatkan sistem imunisasi
• Mencegah badan dan kaki berbau
• Membantu menurunkan berat badan.


Cara Penggunaan

Tanggalkan lapisan pelindung pelekat.

Goncang pad detox supaya serbuk herba rata dan lekatkan bahagian muka yang bercetak kepada pelekat.

Tampalkan pada tapak kaki mengikut zon refleksologi dan biarkan semalaman antara 5 — 8 jam semasa tidur.



Arahan Penggunaan
* Detox patch adalah untuk Kegunaan luar saja
* Jangan digunakan pada bahagian yang luka, atau mempunyai kulit yang sensitif
* Jauhkan dari kanak-kanak Foot Patch yang Belum atau Telah digunakkan
* Wanita mengandung/menyusu bayi dilarang menggunakan Foot Patch ini
Mudah,Murah,Jimat masa dan yang penting--- BERKESAN!
harga sekali dengan kotak..satu kotak ada 10 keping..memudahkan anda..
HARGA BARU!!!!
Harga Foot Detox Patch dalam kotak:-
1 kotak = RM20.00
20 kotak = RM 18.00 sekotak
50 kotak = RM 15.00 sekotak
Dalam sekotak ada 10 keping (5 pasang).

Harga loose pack
1 - 400 keping - RM 1.00
401- 500keping - 80sen

http://shahdanella.blogspot.com

Jalan-jalan Makan angin..






Saya suka dengan pemandangan, tak kisahlah pemandangan apa..laut..awam, bulan, gunung, apa sahaja yang berkaitan dengan alam semulajadi ciptaan Tuhan..sejuk mata memandang, sambil otak tenang dengan kurniaanNya..akal riang ceria..dengan hanya melihat ciptaanNya, ini antara gambar yang dapat saya kongsi ketika adventure ke Sabah. Best, dapat gi pulau, mandi laut, terjun laut, minum air laut..hehehe..layan....

Sunday, November 21, 2010

Flower in my heart..































Gambar-gambar ini diambil ketika melawat Cameron Highland pada tahun 2008...comel-comel semuanya...i like it.....ada banyak lagi..jom cuci mata dengan kebesaran Ilahi..



Monday, October 18, 2010

UkHuWwAH iTU inDAH

Nukilan indah ini, aku ketemui taktala menyusun buku-buku lama sekolahku dulu.. nukilan itu menyanyi indah dibibirku...begini nukilannya Aduhai Ikhwah yang dikasihi Fillah, Ukhuwwah Islamiyyah ialah nikmat Ilahiyah yang dituangkan oleh Allah ke dalam hati hamba-NYA yang ikhlas dan orang-orang yang bertakwa kepadaNYA..

" Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allahlah yang mempersatukan antara mereka". (Al-ANFAAL:63).

Dan Ingatlah nikmat Allah atas kamu, taktala kamu bermusuh-musuhan, lalu ia jinakkan antara hati-hati kamu, lantas dengan nikmat Allah kamu jadi bersaudara. (Ali-Imran:103).


Ukhuwwah Islamiyyah merupakan kekuatan iman yang melahirkan perasaan yang mendalam terhadap kasih sayang, mahabbah, kemuliaan, dan rasa saling percaya sesama orang yang terikat dengan akidah Islam, iman dan takwa. Ukhuwwah Islamiyyah adalah sifat yang menyatukan iman dan takwa. Tidak ada ukhuwwah tanpa iman, dan tidak ada iman tanpa ukhuwwah. Begitu juga tidak ada persahabatan tanpa takwa dan tidak takwa tanpa persahabatan.


" Teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa". (Az-Zukhruf:67)

oleh itu, sewajarnya kita berusaha menjalinkan ukhuwwah sesama kita. Peri pentingnya ukhuwwah sesama muslim telah banyak ditekankan di dalam Al-Quran. Ukhuwwah Islamiyyah yang erat dan mantap dapat menyambung kesinambungan perjuangan Islam di muka bumi ini. jangan jadikan perpisahan sementara ini sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab yang terbeban di bahu kita. Sama-samalah kita berdoa agar ikatan iman yang sedia terjalin, kalimah Lailaha Illallah akan dapat ditegakkan di muka bumi ini.. nukilah indah menyanyi..

Pertemuan...
Menghadiahkan kita kasih sayang,

Jika cinta satu pasti bertemu,

ia tidak ternilai,

kerana antara di hati kita,
sudah tiada antaranya lagi,
Yang ada hnya cinta kasih Ilahi,

kita berpisah hanya sementara,
kerana Syurga bukan milik kita,

jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi,
biar terpisah selalu menderita,
kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari nikmat,
Bertemu tidak jemu,
berpisah tidak gelisah

bicara kita adalah bicara sufi,
tanpa suara dan kata-kata,
kerana penghubung kita adalah suara hati,
bertemu berpisah kerana Allah...



DIE, 2005..

Friday, August 13, 2010

Ramadhan...



Inilah bulan yang dinantikan oleh kebanyakkan umat manusia..iaitu bulan Ramadhan kareem,Ramadhan yang penuh dengan rahmat, keampunan dan keberkatan..bulan yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran pahala.. Tahun ini, aku berpuasa di rumah, tidak tahun-tahun sebelumnya kebanyakkan bulan Ramadhan aku di kampus menghabiskan waktu pengajian..bersama-sama teman berbuka puasa, bersahur dan kadang-kadang terlepas sahurnya..insyaAllah tahun ini aku berpuasa bersama family tercinta..dan berterawih bersama abah dan ma di surau yang mana abah kebiasaan menjadi imamnya. Waktu aku di kampus dulu, bila waktu berbuka aku dan teman pasti membeli makanan di cafe..dan kadang-kadang makanannya tidak bersesuaian dengan seleraku, kerana perutku jenis yang agak sensitif mudah sakit..jikalau makanan itu jenis yang lama pasti perutku mula meragam. Bila tiba waktu sahur pula, cukuplah tamar dan air teh panas yang menemani kerana perutku jenis tangki yang tidak boleh menyimpan banyak makanan. Apabila waktu terawih kami akan berkumpul di foyer kolej untuk solat berjemaah. Setelah 3 tahun aku di pusat pengajian, kini setelah selesai pengajian, aku dapat berpuasa di rumah pula bersama keluarga. Alhamdulillah, aku dapat berpuasa lagi pada tahun ini, masih diberi kesempatan waktu dengan nafas yang ada kurnia Allah. Inilah bulan Rahmat, bulan bagi umat muslim,bulan yang mewajibkan untuk kita berpuasa..bulan yang di mana telah dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka..bulan yang mana, 10 malam terakhir adanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan itulah dia malam lailatul qodar...nah apa yang kita mahukan lagi, kutiplah dan carilah berlian amal untuk bekalan hari esk... Dulu waktu aku di alam persekolahan aku sering bersama teman-teman bertadarus menghabiskan bacaan demi bacaan bersama-sama, dan Ramadhan yang lepas aku bersama nik selesai solat subuh kami bersama-sama bertadarus dan tahun ini aku harus menghabiskan bacaan bersendirian...lain rasanya puasa di rumah dan di kampus, di rumah hari-hariku mengadap dengan kerja-kerja rumah, membantu ibu dengan tugas-tugasnya di samping kerjaku sebagai guru di sebuah taska, di kampus aku sibuk dengan tugasan assgment serta kegiatan lain yang memerlukan agar jadualku penuh terisi... Ramadhan yang banyak mengajarku erti sabar, berusaha dan mengenal erti rindu..iye rindu kepadaNYA..rindu ni tidak pernah padam..malah makin menyala.

Wednesday, August 11, 2010

konvokesyen day..8/8/2010



Setelah sempurna sudah 3 tahun aku di bumi ilmu UKM, aku kini dengan rasminya bergelar graduan UKM..syukur di atas rahmat dan izin Ilahi..dengan atas keizinanNYA jua aku berada di sni.. ma dan abah di kampung turut serta di dalam majlis konvokesyenku..di samping putera-putera abah..abang long, abang ngah serta dua orang adikku turut sama mengucapkan tahniah di atas kejayaanku ini..terima kasih keluargaku..tidak dilupakan keluarga pak adik yang sudi datang mengucapkan tahniah kepadaku..

terima kasih kepada guru-guruku dari sekolah maahad Syamsul Maarif,..lecturer-lecturer UKM, dan sedikit terkilan apabila penyeliaku..prof madya dr.Nidzamuddin Sulaiman tidak dapat menghadiri majlisku ini...



terima kasih kepada sahabat-sahabatku di UKM ini yang tidak pernah jemu setia menemaniku..menghadapi suka dan duka di alam belajar..mengenal erti sape teman sape lawan, menasihatiku..dan bersama-sama denganku dalam menempa kejayaan..all the best untuk sahabat-sahabat yang menyambung master di UKM, hidayah dan zuriyati.. kepada nik mazira, suhaibah, sakinah., insyaAllah ada jodoh kita ketemu lagi, sesungguhnya ukhwah itu akan terus menwangi diabadikan dalam sejarah lipatan hidupku..

Monday, August 2, 2010

assalamualaikum ustazah!!!


hari pertama aku menjejak kaki ke tempat pengajian kanak-kanak di area tamanku..
kelihatan wajah-wajah comel yang menungguku...


ustazah aini mengatakan kepadaku..anak-anak kecil ini tidak sabar bertanya siapa yang bakal mengajar mereka untuk bulan Ramadhan nanti..setelah aku mengenalkan diri, setiap seorang memandangku, tersenyum dengan wajah tidak berkelip-kelip...

aku tersenyum taktala ustazah aini menceritakan perihal anak-anak muridnya, yang mana nakal, yang mana petah berbicara, yang mana diam, yang mana suka mengacau,..aku pun seperti kanak-kanak ini ketika seusia mereka.

dulu aku yang memanggil guru-guruku ustazah, kini aku pulak dipanggil ustazah, tidak layak rasanya kerana ilmuku juga sedikit cuma, niatku hanya untuk menyampai apa yang aku tahu, berkongsi ilmu dengan anak-anak kecil ini pastinya.

ibu yang menyarankan agar aku mengajar, dan aku hanya bersetuju sahaja, ialah mencari pengalaman sebelum menemui medan pekerjaan yang sebenar.

sampaikanlah ilmu walau satu ayat..

aku berasa bangga dengan ustazah aini, walau berkelulusan daripada sekolah pondok impiannya besar untuk mendidik anak-anak mengenal agama. mengenal alif, ba, ta....
dia sedaya upaya membuka kelas untuk kanak-kanak di tamanku hasil daripada pengalaman mengajar fardhu ain di sekolah kementerian..hebat cita-citanya..

sebelum pulang, aku mendengar anak-anak ini...mengingati nama-nama nabi, sifat bagi rasul dan sifat bagi Allah.,,.lancar..terang dan nyata..hebat hasil didikan ustazah aini...





Wednesday, July 14, 2010

melangkahlah dengan yakin..


Bismillahirahmannirrohim...

Allah telah memberi kita satu penghidupan, untuk merasai apa erti hidup...
nikmat yang diberi ini begitu besar, dan manusia itu telah dipilih sebagai khalifah di muka bumi Tuhan ini, yakin lah dengan janji Allah..maka kita pasti merasai nikmat hidup...

kemanisan hidup dirasai apabila kita melakukan kebaikan dan menjauhi laranganNYA..
kemanisan hidup dirasai apabila kita bersyukur setiap satu dengan nikmat yang diberikan..
manusia dipilih dimuka bumi ini untuk berfikir serta mencari makna hidup..

melangkahlah dengan yakin..dan bersungguhlah dengan apa yang kita kerjakan,
orang yang berusaha itu balasannya besar diiringi dengan kesabaran, nah pasti lagi besar nikmatnya...

apabila tersungkur, bangkitlah dengan yakin, setiap cabaran itu asam garam kehidupan.,
hadapi dengan tabah, insyaAllah..Allah ada bersama setiap hambaNYA...

menuntut ilmu itu bukan sedikit kepayahan dan kesulitan...kerana menuntut ilmu itu juga satu jihad...jihad yang diberkati dan disertai doa oleh malaikat-malaikatNYA.,.melangkahlah dengan yakin dengan menginginkan keredhaanNYA...

Monday, June 28, 2010

Cahaya wajah rasulullah

Tazkirah...utk umat ISLAM..
"Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah. .marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

Wallahua'lam


‘ Bengkok’nya …..PEREMPUAN!


Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah

nak merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut – lembut,

cakap baik – baik….hai leceh betul. Tetapi kalau

dibiarkan menjadi – menjadi pulak! Kita punya kerja

pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak

pandang kiri kanan lagi.”

“ Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad ? Siapa yang buat

hal kali ni ?”

“ Staf saya si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah

monyok. Hari ni dah tak tak datang kerja. Susahlah

macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”

“ Entah – entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat

dah jump to conclusion.”

“ Alaaah….orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi

pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk

yang bengkok ? Sebab dia bengkoklah orang perempuan

suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut

patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah.

Hai susah, susah.”

“ Jangan cakap macam tu Fuad. Maksud Hadis tu bukan

begitu.”

“ Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan ? Apa

yang tak kena pulak, Naim?”

“ Maksud saya begini. Menafsirkan Hadis itu seolah –

olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai

satu golongan yang “ disadvantaged “ atau terkurang

seperti yang engkau cakapkan seolah – olah mengatakan

yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha

Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama

sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan

iman dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Hadis itu

bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke

arah melakukan perkara – perkara yang tidak baik.

“ Buktinya apabila Rasulullah s.a.w, datang membawa

ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang

sebelum itu dianggap “ golongan yang tak berguna “

kepada “ sayap kiri “ kepada masyarakat. Baginda ada

memberikan tugas – tugas yang penting kepada orang

perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang.

Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang

dengan sayap kanan.

“ Tapi memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita

nak melayan dia.”

“ Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan sahaja.

Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk

dan cara “ protes ” tu yang tak sama. Punca merajuk

sebab iman yang lemah, bukan sebab jantina.

“ Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang

perempuan dengan lemah lembut dan berhikmah. Bukankah

begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah – marah

sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah,

tetapi kitalah yang salah. Entah – entah waktu itu

kita lebih ‘ bengkok ‘ daripada mereka !”

“ Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan

aje.”

“ Aku bukannya nak bela sesiapa. Aku cuma nak betulkan

pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”

“ Apa maksud sebenar Hadis itu.”

“ Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang

rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan,

tapi seebnarnya adlaah satu “ penyempurnaan .”

Sepertimana juga usus manusia yang berlipat – lipat

dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan

tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna.

Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat ‘

pelindung .’ Ia melindungi organ – organ penting di

dalam tubuh manusia seperti jantung, paru – paru, hati

dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di

dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan

sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”

“ Oh begitu. Jadi bila Nabi katakana yang orang

perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok,

beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan

peranan mereka berbanding lelaki?”

“ Begitulah. Selain itu, maksud ‘ tulang rusuk yang

bengkok ‘ itu ialah sifat ‘ rahmah .’ Orang perempuan

itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus.

Kerana adanya sifat – sifat itu, orang perempuan boleh

sabar menjaga dan melayan anak – anaknya dengan

berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun

melakukan kerja – kerja rumah yang mungkin kepada kita

sangat membosankan.

“ Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan

sangat sesuai menjadi guru, jururawat dan apa juga

bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu, jangan cuba

buang sifat “ bengkok “ ini daripada orang perempuan

dengan memberikan mereka tugas – tugas yang tidak

sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ –organ

yang penting tadi tidak akan selamat.

“ Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkan

betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan

mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”

“ Hmm, betul tu Naim.”

“ Sebenarnya tiada siapa yang ‘ bengkok ‘ mengikut

tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya

seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada

iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha

untuk membuang sifat - sifat yang terkeji di dalam

dirinya pun akan menjadi bengkok juga, malah lebih

bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki

dirinya.”

“ Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah

-marah dan tidak sabar.

“ Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu

lebih ‘ bengkok ‘ daripada kita. Sebaliknya kita patut

sentiasa merasakan yang kitalah lebih ‘ bengkok ‘

daripada semua orang lain.

Kisah ini dipetik dari risalah Menyingkap Rahsia Insan