Saturday, September 24, 2011

kesempatan waktu..

Kadang-kadang Qalbu tertanya,
Apakah Aku ni alpa,
alpa dalam mengingatinya,
terlena dalam buaian yang panjang.

masa menginjak, meninggalkan usia yang lampau,
bukan lagi kanak-kanak itu,
bukan lagi remaja itu,
dewasa yang menjengah.

rasa mula bergolak, bukan lagi keanakan,
kematangan kian terdidik, akal dan fizikal,
adakah ianya seiring dengan rasa kehambaan,

bersyukurkah aku,
terladankah aku.,
terpimpimkah aku.

Ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami di dunia kebajikan dan di akhirat juga kebajikan, dan jauhkanlah kami dari siksa neraka.

Ya Allah, ya Tuhanku! aku memohon kepada-Mu pimpinan, pemeliharaan, perlindungan dan kecukupan
.

Friday, September 16, 2011

Perkahwinan...mariage..


Perkahwinan adalah satu tahap di mana seorang perempuan dan seorang lelaki akhirnya dimeterai oleh satu ikatan perhubungan yang sah. Melalui perkahwinan ini juga, ikatan antara kedua-duanya halal dan insyaAllah mendapat berkah. Di zaman yang serba guna duit ini, perkahwinan itu menjadi satu beban atau satu rintangan kepada orang-orang yang tak berduit.Sedangkan ijab dan Qabul yang menjadi tunggak utama iaitu dengan adanya imam, wali dan saksi maka sudah terlaksana la sebuah perkahwinan itu. Tidak perlulah Grand-grand kalau di dalam satu majlis itu mengakibatkan kelalaian dengan perintah Allah.

Ramai yang menjadi andartu atau anak dara tua adalah salah satunya kerana ingin mencari duit untuk keluarga dan akhirnya usia menjadi lanjut. Si Lelaki pula yang sememangnya ingin berkahwin terpaksa melupakan hasrat kerana Hantaran yang diminta oleh si keluarga perempuan tinggi-tinggi walaupun anak sekolah tak habis tingkatan 5. Iye lah, masalah duit jugak yang akan diketengahkan sedangkan perkahwinan itu adalah sunnah dan harus dijalankan dengan betul. Disini ada buku-buku panduan yang boleh didapatkan dengan harga yang murah, ilmu yang boleh digunakan untuk masa depan. sila tekan link ini dan like banyak-banyak..

http://www.Maskahwin.com/index.php?ref=nurain_sco

Saturday, July 30, 2011

Bulan yang dinanti

Alhamdulillah, insyaAllah kita akan bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah bulan yang penuh penantian daripada hamba-hamba yang sentiasa mengharap akan keredhaan dan cahaya kasihNYA, hanya sebulan diberi untuk bersamanya iaitu bulan Ramadhan Al-Kareem, bulan yang terkandungnya keistimewaan, serta ganjaran pahala yang berlipat ganda dengan kehadiran Lailatul qadar, yang menyamai 83 tahun 4 bulan. Alangkah rugi jika kita tidak merebut peluang yang diberikan ini.

Mengapa bulan ini dikatakan istimewa di antara bulan-bulan yang lain?

ini kerana bulan ini dipenuhi dengan segala kerahmatan, keberkatan, dan keredhaan Allah serta pengampunan dosa ke atas hamba-hambaNYA, maka bagi orang yang berfikir, bukankah Allah sentiasa menunjukkan kasihNya yang agung kepada hambaNYA.,maka saat inilah kita menagih kasihNYA..merebutnya.

bagaimana untuk mengenali Ramadhan?

Ramadhan merupakan bulan kesembilan dalam tahun hijrah kalendar Islam, lafaz Ramadhan berasal daripada perkataan yang bermaksud sangat panas atau membakar. Dalam konteks Ramadhan, ia bermaksud sebagai bulan yang membakar dan menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa.Ada Ulama yang menguraikan Ramadhan sebagai:

-KEREDHAAN ALLAH
- KEAMPUNAN ALLAH
-JAMINAN ALLLAH
-KEMESRAAN ALLAH
-ANUGERAH NIKMAT ALLAH

Bagaimana persiapan menyambut ketibaan Ramadhan?

sebagaimana bulan-bulan yang lain seperti syawal, zulhijah dan sebagainya, ada persiapan yang dibuat untuk menyambtunya, begitu juga dengan Ramadhan, bukan persiapannya, dengan memasak pelbagai hidangan yang tidak pernah dibuat sebelum ini, bukan seperti persiapan zahir tetapi lebih kepada persiapan yang bersifat keilmuaan, persiapan emosi/kejiwaan, persiapan mental dan persiapan sikap. Bulan ini bukan bukan bulan untuk makanan jasad tetapi lebih kepada makanan ruh kita.

  • persiapan keilmuan, ialah kita mempersiapkan diri kita mempelajari dan memahami tentang ibadat puasa yang akan kita laksanakan, bagi memastikan kita memperolehi darjat puasa yang terbaik.
  • persiapan emosi/ kejiawaan pula ialah memupuk rasa rindu akan bulan ramadhan ini, agar jiwa kita dapat didik dengan 'tarbiah Ramadhan" yang akan kita lalui.
  • persiapan mental ialah meletakkan asas pemikiran yang positif bahawa kedatangan Ramadhan kali ini, akan dihayati dengan sepenuhnya dan ianya akan dilaksanakan lebih baik daripada bulan Ramadhan yang lalu.
  • persiapan sikap mempunyai tekad dan keazaman bagi memanfaatkan setiap detik masa di bulan Ramadhan,agar dapat kita khatam quran sekurang-kurangya sekali, dan menghidupkan ramadhan itu dengan solat terawih, dan solat-solat sunat yang lain. 
Peristiwa penting yang berlaku pada bulan Ramadhan; banyak peristiwa serta sejarah agung yang tercatat di dalam bulan ini antaranya ialah turunnya kitab suci kita iaitu Al-Quran, berlakunya peperangan badar, pembukaan kota Mekah, serta penurunan kitab-kitab suci yang lain seperti taurat, injil dan suhuf Nabi Ibrahim.

Keistimewaan Ramadan

ramadan adalah bulan yang dipilih oleh Allah untuk diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk dan panduan kepada manusia di dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ibadat puasa yang merupakan salah satu rukun islam dilaksanakan pada bulan barakah ini, kerana terdapatnya keistimewaan-keistimewaan, serta pahala yang berlipat ganda daripa bulan yang lain. selain itu, ramadan adalah penghulu segala bulan di mana pada awalnya membawa rahmat, pertengahannya keampunan, dan akhirnya pembebasan daripada api neraka. seandainya kita mengetahui kebesaran dan keagungan ramadan, nescaya kita mahu menjadikannya bulan bagi sepanjang tahun.










Thursday, July 14, 2011

keje Oh keje


Assalamualaikum..
Malam yang dingin, ditambahi dengan cahaya bulan yang terang, menyinari alam..indah kurnianNYA..
kekadang hidup ni, takkan seindah yang kita mahukan, tidak seperti perancangan yang kita inginkan, tidak seperti yang kita jangkakan. Begitu juga dengan aku, insan yang serba kekurangan..,tidak lari dengan permasalahan hidup. hampir setahun dibelengu dengan masalah dunia ni..hehe

setelah tamat belajar di institusi, macam-macam kepala ni planning nak wat itu dan ini..kadang-kadang, kepala rasa pening dan pusing, aku memang tak memilih pekerjaan, tapi orang nak bagi pekerjaan itu yang memilih.ish...ish..dunia,dunia..iye la, bila mintak keje pangkat rendah, orang kata tak layak dengan kelulusan yang ada, siap cakap lagi, pikir dulu..Memang dah  x terfikir dah, kalau keje sekarang mudah nak dapat, takdenya saya gatai-gatai isi borang mintak pangkat rendah pakcik..bila mintak pangkat atas, orang kata memilih keje la tu..iye la, orang suka mengata je kejenya. dah Memang belum sampai rezeki, bukan tak nak keje dah dapat keje part time, pun mengata jugak..dunia.dunia..

kesakitan jiwa semakin bertambah, apabila orang dengan riak mengatakan, tengok aku tak payah belajar tinggi-tinggi senang je dapat keje, yang belajar-belajar jauh sampai ke bulan belum tentu lagi dapat keje, encik-encik, puan-puan..zaman encik dengan saya tak sama, dan lagi satu, saya belajar tinggi-tinggi tujuan untuk menimba ilmu, kadang-kadang, lebih baik je cakap , saya hanya lepasan sekolah rendah..hah, puah ati..mengata lagi..rezeki masing-masing, jangan riak ye,nanti Allah tarik rezeki tu baru tahu.

saya bukan tak beruasaha mintak keje, tapi dah pelbagai keje saya mintak, kalau tak, takdenya saya hanya keje dengan gaji yang tak sampi rm200 tu, kadang-kadang rasa malu dan sedih, bukan sebab saya malu dengan keje gaji yang tak seberapa, tetapi kerana mulut manusia yang lebih tajam daripada pedang tu menusuk ke kalbu saya. sedih lagi, mengata saya keje hanya keje itu je, sekurangnya saya keje, daripada saya tidak berbuat apa..itu yang saya fikir untuk memujuk diri.

orang yang mengata hanya melihat kepada kesenangan, cuba lihat dari aspek kesusahan,
saya juga punya impian untuk menolong dan membantu keluarga sehingga berasa keluh kesah, jikalau saya masih menjadi beban, tetapi saya yakin Allah itu ada, rezeki bukan dari bentuk wang, yang mudah nampak pada zahirnya, rezeki itu diperolehi daripada banyak sumber,tanpa disangka-sangka. memang benar penganguran itu satu kerugian, tapi percayalah, saya bukan inginkan satu kerugian.,tapi saya masih bertatih untuk mendapatkan satu impian..impian untuk memberi kesenangan kepada ibu dan ayah..saya hanya merencana, dan sebaik-baiknya ketetapan dan ketentuanNya adalah satu pemberianNya yang tak disangka-sangka.




Friday, July 8, 2011

mutiara nasihat...



 pertanyaan seorang anak kepada bapanya...



Anak Luqman Al-Hakim pernah bertanya kepada ayahnya;" wahai ayahku, apabila manusia ingin menjadi baik apakah perkara yang paling asas yang perlu dimiliki?.
Jawab Luqman: "Agama".

Anaknya bertanya lagi;"jika dua perkara?"
Luqman menjawab: agama dan harta.
"jika tiga perkara?" jawabnya "Agama, harta dan malu".
"jika empat perkara?" jawab Luqman" agama, harta, malu dan akhlak yang mulia".
"jika lima perkara?" jawab Luqman lagi" agama, harta, malu, akhlak yang mulia dan pemurah".
anaknya bertanya lagi, "jika enam perkara?" jawab ayah kesayangannya
"wahai anakku! apabila kelima-lima perkara ini berhimpun pada seorang, maka orang ini adalah manusia yang bersih lagi bertakwa".




Wednesday, June 22, 2011

saat lafaz sakinah...


kasih bapa kekal nyaman disisi, kasih bonda kekal mewangi ke syurga..
ketika saat lafaz sakinah bermula...

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Far East

Rejab disusuri, Syaaban bakal dilalui, Ramadhan yang dinanti...

Alhamdulillah, dengan Rahmat dan kasih sayang ilahi, kita masih berada di sini, di bulan Rejab yang mulia ini, bulan yang terkandung pelbagai keistimewaan kepada hambaNya yang sentiasa mencari keredhaan dan kerinduan kepadaNYA.

Bulan ketujuh di dalam kalendar Islam ini mempunyai satu seribu keistimewaan yang telah dijanjikan Allah seperti yang terkandung di dalam Al-quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan).

 Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَات وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

Bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya.Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa" 


KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Rejab.html..

Wednesday, January 26, 2011

Memotivasikan Diri

Setiap induvidu perlu mempunyai motivasi diri bagi menguatkan semangat ianya adalah merupakan unsur terpenting yang perlu wujud terlebih dahulu sebelum melihat kepada contoh penguat yang lain. Hidup tidak sunyi dengan dugaan dan tidak lepas dengan masalah, melaluinya kita dapat melihat sejauh mana kita mampu melaluinya terletak pada keyakinan diri kita. Oleh itu, kita mesti berusaha yang merupakan salah satu usaha perjuangan yang perlu dimantapkan dengan motivasi yang tinggi serta kesedaran yang mendalam. Mereka yang sanggup menghadapi cabaran dan berusaha sahaja layak mengecapi kepuasan dan natijah kejayaan dalam kehidupan.

Mengapa perlu Berjuang?
 ini kerana kita sendiri telah terpilih sebagai khalifahNYA untuk mentadbir bumi, bagaimana kita mampu untuk mentadbir jikalau kita sendiri lemah dan tidak mampu tahan dalam menghadapi ujiaNYA,.Allah tidak akan menggubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubah apa yang ada pada mereka (Surah Al-Ra'du)

Hai Orang-orang yang beriman! bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah berbuat perhitungan  (persediaan untuk menyahut hari esok (Al-Hasr:18)

sesiapa yang inginkan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan Akhirat hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan dunia dan akhirat hendaklah dengan ilmu (maksud hadith).

Renungan mengenai DIRI
"orang yang cemerlang menunjukkan hasil"
"orang yang gagal memberikan alasan"

Pembangunan diri itu mengandungi tiga tahap : iman, ihsan (sentiasa memperbaiki diri), dan itqan (kesempurnaan).

kebanyakkan kita cuma mengenali sedikit mengenai diri kita, terlalu banyak aspek dan sumber-sumber peribadi yang kita tidak ketahui, kita masih belum kenal APA kita dan SIAPA kita sebenarnya.

"sejak lahir kita mengumpulkan beratus-ratus idea, mengenai diri kita sama ada baik atau jahat, pandai atau bodoh, berani atau penakut dan sebagaiknya. 

Ramai orang menyiksa diri dengan memikirkan kesusahan atau masalah yang belum tentu akan berlaku..

 "Manusia tidak malas tetapi mereka mempunyai matlamat yang mati, yakni matlamat yang tidak merangsang mereka".

Jadi sedarkah kita, motivasi itu perlu..

Kenapa manusia tidak bermotivasi??

-ketiadaan matlamat yang jelas, 
-tidak membuat penilaian diri
-tidak kenal kehebatan diri,
-tidak tahu cara dorong diri, 
-dikuasai pemikiran yang negatif,
-dipengaruhi oleh persekitaran,
-tidak berdoa,
-tidak tahu urus diri,
-bodoh sombong

jangan kita sesekali lupa akanNYA, bukankah doa itu merupakan senjata bagi orang mukmin, disamping berusaha kita perlu berdoa kepadaNYA, jangan jadikan kelelahan dan kesengsaraan itu satu yang membebankan, tetapi melaluinya kita diuji untuk menjadi lebih tabah dan kuat mengharugi kehidupan.

"kenalilah Tuhanmu, perbaikilah dirimu, ajaklah orang lain bersamamu, tegakkan negara Islam dalam hati/dirimu, pasti ia akan tegak nyata di atas bumimu (Imam Hassan Al Hudhaibi).

sumber: Dato' Dr. Fadilah Kamsah dan Tuan haji Nik Muhammad Nik Lib

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year...2011


Assalamualaikum..

Tahun baru Masihi sudah tiba, umur sudah meningkat, tapi perangai rasa cam bebudak agi..
nampak je fizikal matang, tapi fikiran entah matang ke tidak..ye tak..

Bila nk muncul je tahun baru, cara sambutan kita itu macam mana..berpesta ke, berpoya-poya ke atau menjerit huhahuha ke atau membaling bunga api ke angkasa lepas sehingga membingitkan telinga-telinga alien serta mengakibatkan kemalangan lalu lintas UFO..ngeee....

Bila tahun baru nih, macam-macam planning awal tahun hingga akhir tahun yang perlu dibuat, apa yang nak dicapai, apa objektifnya, matlamatnya, langkah-langkah..dah macam laporanlah bila akhir tahun ye tak...tapi apakah niat kita itu betul atau tepat, misalnya niat saya tahun ni ingin merompak kedai emas...saya kena berusaha gigih..niat usaha itu dah elok tapi matlamatnya...menyimpang jauh..ish2...

Contoh lain kita amik..saya nak berjaya dalam peperiksaan SPM tahun ini dapat 19A, namun usahanya tak ada, langkahnya buat-buat sekadarnyalah..itu angan-angan je lebih, baik angan-angan Mat Jenin lagi..

Contoh lain lagi, saya nak mulakan tahun ini dengan semangat baru, baju baru, kereta baru, rumah baru..eh itu melampau..banyaklah baru kalau perangai cam gitu gakkkk...takde maknanya baru...

Niat perlu bertepatan dengan tujuan dan matlamat, selain dengan usaha-usaha yang pelbagai, tak mengenal putus asa, niat juga untuk keredhaan Allah Taala. Misalnya lagi, saya nak nikah tahun ni, jadi saya perlu mengukuhkan ilmu-ilmu asas rumah tangga, dengan persediaan mental dan fizikal, memperbanyakkan bacaan mengenai cara mengendalikan rumah tangga, mengurus emosi dan sebagainya...cewaahh..cakap pasal kawen la pulak..huhuh..bila pegi khusus kawen macam-macam la kita tahu..tapi praktik ke tidak lepas kawen..ye tak..

Tapi kan yang menyedihkan itu bila je tahun baru, adalah benda yang tak elok kita nampak, contohnya cara sambutan tahun baru itu..nampak yang fun-fun je,,,fun yang sekejap cuma, remaja-remaja dengan botol araknya, seks bebas kat jalan-jalan, yelah dah berhimpit-himpit lepas ni jadilah nasi himpit...lepas tu mulalah disalahkan mak bapak, guru-guru tak reti didik,,padahal diri tu yang tak dapat menerima didikan..keras kepala, hati batu..

Yang penting, tahun baru ni, kita perlu mempersiapkan diri kita dengan cabaran-cabaran semasa, tahun ini tak sama dengan tahun-tahun sebelumnya..Semoga Allah merahmati kita, memberkati urusan kita dan mempermudahkan JalanNYA untuk kita, InsyaAllah...

kata-kata hikmah dari Imam Hasan Al Bashri:

“Wahai anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah kumpulan hari, setiap satu hari berlalu maka sebagian dari diri kalian pun ikut pergi.”

Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah karena Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan karena Allah maka ia mengurungkannya.”

“Tidaklah datang suatu hari dari hari-hari di dunia ini melainkan ia berkata, “Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah hari yang baru, dan sesungguhnya aku akan menjadi saksi (di hadapan Allah) atas apa-apa yang kalian lakukan padaku. Apabila matahari telah terbenam, maka aku akan pergi meninggalkan kalian dan takkan pernah kembali lagi hingga hari khiamat.”

Seorang mukmin hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang berusaha membebaskan dirinya dari penawanan dan ia tidak akan merasa aman kecuali apabila ia telah berjumpa dengan Allah Subhanahu wata’ala.

Wallahu'alam...