" akak ada kata nak balik minggu ni, umminya?"
" rasanya x de abinya"
"owh, x pe lah, saya tanya je, kot-kot anak kesayangan awk tu nak balik". wajah abi mengeluh kecil mendengar jawapan ummi.
Abi gemar berada di taman kecil teratak Sakinah waktu petang untuk merasa angin semilir yang menghembus perlahan sambil menghabiskan bacaan kitab-kitabnya. Jikalau abi tidak betah, abi pasti sibuk di halaman belakang menanam pelbagai jenis tumbuhan untuk mendinginkan kawasan teratak Sakinah. Abi sejak dari muda belia memang jenis yang tidak suka duduk tanpa membuat apa-apa aktiviti. Pasti tangannya sibuk membuat sesuatu, melukis, membaca dan menanam itulah hobi abi.
Usai solat isya' bersama ummi, abi dan ummi akan bersama duduk di meja makan dan berbincang mengenai perihal anak-anak. Abi bekerja sebagai seorang guru dari zaman muda hingga wajah abi mempunyai kerutan seribu pun, abi memang gemar mengajar dan mendidik. walaupun sudah pencen, abi akan menghabiskan masa di surau-surau kampung yang menginginkan pengajaran kitab dari abi.
malam itu, abi memasuki bilik kecil yang tidak seluas bilik along dan angah, bilik kecil itu hanya mempunyai sebuah almari usang, katil yang bersaiz sederhana untuk istirehat zahra dan aini serta almari kecil yang menempatkan pelbagai jenis buku cerita serta buku-buku milik zahra. Bilik itu masih seperti dulu, kemas dan rapi. Abi tahu zahra perapi orangnya, puteri kecilnya itu memang agak berlainan dengan anak-anak yang lain. zahra gemar membaca, malah buku cerita-cerita lama masih ada disimpan elok. Malah puteri kecilnya itu, tidak gemar barangnya diusik serta dipindah-pindah. Abi membelek satu persatu buku yang tersusun rapi, mata abi tertarik apabila terlihat buku lama berbunga hijau. Abi membelek setiap helaian buku lama berbunga hijau, kelihatan tulisan-tulisan serta contengan milik zahra.
Helaian pertama..
Nama diberi Ain Zahra Muhammad..tapi ummi gemar panggil kakak..
cerita pertama..
ketika umur kakak masuk 6 tahun, macam-macam buku abi bagi kakak baca, semua cerita pasal kisah Nabi-Nabi, kisah malaikat. Dari situ, kakak suka baca buku cerita malah kakak lebih cepat pandai membaca dan mengeja berbanding angah. Abi tak suka manjakan kakak dengan patung-patung seperti anak perempuan lain, malah kakak tak ada satu pun patung untuk dijadikan barang mainan. kakak suka main ngan angah, tapi kakak takut along sebab dia suka cubit kakak. Apa yang kakak dapat cuma mainan angah dan along yang semua adalah mainan laki. Abi pun tak suka ummi belikan baju yang cantik-cantik macam skirt dan gaun, pakaian kakak macam along ngan angah malah time raya pun warna baju kurung kakak sama ngan angah dan along.
Waktu kakak tadika, kakak masuk pertandingan rentas desa tapi kakak tak ada kasut sukan macam along, along selalu dapat no 1 dalam olahraga, along aktif dengan macam-macam sukan. kakak pun nak jadi macam along, kakak nak aktif juga. Hari pertandingan rentas desa, kakak bagitahu abi kakak tak ada kasut, abi suruh kakak pakai kasut along, kaki kakak kecil tak seperti along, tapi kakak tetap pakai jugak kasut along. Kata abi, kakak pasti boleh. ketika sampai tadika, kakak tengok semua kawan-kawan kakak ada kasut sukan yang cantik-cantik yang ada macam-macam warna dan sama saiz dengan kaki mereka. kakak tetap tak hirau semua itu sebab abi kata kakak pasti boleh. Pertandingan bermula, kakak tak dapat lari laju sebab kasut along besar, tali kasut selalu tercabut dan kakak hampir terjatuh apabila terpijak tali kasut yang terlerai ikatannya melingkar di kaki kakak. kakak tengok abi tak ada masa kakak lari, kakak teruskan jugak lari. kakak lari dengan sepenuh hati kakak, walau kadang-kadang kasut tercabut. Tiba-tiba kakak tengok, abi ada dibelakang kakak, abi kata kakak pasti boleh. kakak lajukan lagi larian dan akhirnya kakak diantara 10 yang terawal sampai. kakak dapat hadiah dan medal, kakak bangga sebab itulah medal terawal yang kakak dapat.
Cerita dua.
Kakak betul-betul gembira bila masuk sekolah rendah sama-sama dengan angah dan along. kakak selalu pergi sekolah dengan angah. Sebab angah selalu jaga kakak. waktu kakak darjah satu, ummi ajar basuh kasut sekolah. setiap hujung minggu, kakak akan basuh sendiri kasut kakak. Kakak tak suka tengok kasut kakak kotor.
Ada satu hari, waktu pagi hujan lebat sangat-sangat. Abi tolong hantarkan kakak ngan angah ke sekolah dengan motosikal, apabila sampai di sekolah, kakak tengok kasut kakak basah terkena air hujan dan kakak mula nak nangis, abi pujuk dan hantar kakak masuk kelas..abi kata kakak pasti boleh belajar walaupun kasut basah. kakak tak menangis lagi bila abi jemur kasut kakak di sebelah tempat duduk kakak di dalam kelas. Tapi, kasut kakak jadi hitam sebab kena percikan air ketika perjalanan ke sekolah, kakak nangis dan abi kata, kakak mesti tahu macam mana nak bagi putih kasut. Abi tunjuk kapur di dalam kelas dan kakak mula faham apa yang abi maksudkan. lepas itu abi segera ke sekolah tempat abi mengajar.
waktu cuti-cuti sekolah, abi lebih suka duduk di rumah dan kakak akan tengok lukisan-lukisan abi, abi suka melukis dan abi suka belikan banyak buku cerita untuk kakak. kakak tahu cerita pemuda-pemuda kahfi. kakak tahu cerita nabi Ismail dan ibunya siti Hajar. Kakak tahu cerita Nabi Musa dan Firaun. Semuanya dari buku yang abi belikan. Bila kakak makin tahu banyak cerita, kakak mula suka dengan cerita-cerita adventure seperti lima sekawan, cerita penyiasatan kanak-kanak. Malah kakak masih simpan buku yang diberikan oleh kawan kakak sebelum abi berpindah ke semenanjung. Buku yang menceritakan pengembaraan di angkasa.
Kakak mula aktif ketika darjah lima, kakak jadi wakil bola jaring dan bola tampar sekolah, abi tak tahu kakak jadi wakil untuk sukan sekolah sebab abi sibuk dengan mengajar. seluar sukan ,kakak pakai yang angah punya sebab abi kata, kalah dan menang bukan kerana seluar atau kasut sukan, tapi semangat serta usaha yang berterusan. Abi kata kakak pasti boleh.
cerita tiga.
Abi masukkan kakak sekolah dikalangan semua pelajar perempuan, abi hantar kakak untuk test untuk bacaan Al-Quran serta karangan jawi ke sekolah. Dari kakak kecil, abi yang ajar kakak mengaji mengenal huruf alif, ba, ta,. Kalau kakak malas, abi akan marah dan pukul tangan kakak. Sampai kakak nangis pun, abi tetap menyuruh kakak menghabiskan bacaan kakak. Abi tidak suka kakak main-main ketika mengaji.
ketika tingkatan dua, abi letakkan kakak di asrama, ummi hanya menurut. kata abi, abi mahu kakak berdikari. Belajar menguruskan diri dan pelajaran. Sejak tingkatan dua, kakak mula pandai rebus nasi, kakak mula pandai memasak sambal tumis ikan bilis. Kakak cuma balik sebulan sekali ke rumah. Kakak tak mahu susahkan abi hantar dan mengambil serta mahu jimatkan duit kereta abi. Jadi kakak belajar balik sendiri ke rumah naik bas yang mengambil masa yang lama. kakak tak kisah, asal kakak tak susahkan abi.
Di sekolah, kakak uruskan semua dan kakak akan menelefon ummi ketika kakak rindukan ummi. kakak sudah jarang mendengar suara abi. Bukan kakak tak mahu cakap dengan abi, tapi kakak tahu abi sibuk. Di sekolah kakak aktifkan diri, selalu jadi wakil sekolah untuk pelbagai penyertaan. walaubagaimanapun kakak jarang ke tempat-tempat lawatan sebab tidak mahu mintak duit dengan abi. Kakak belum pernah ke mana-mana tanpa izin abi, melainkan menjadi wakil untuk sekolah sahaja. Dunia kakak hanya sekolah.
Ketika along mula menjejak kaki ke menara gading, kakak juga mula menyimpan azam mahu menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Malah kakak sudah berangan, menjadi pelajar terbaik sekolah. kakak sudah menyimpan angan, abi akan datang melihat kakak di pentas. kakak menjadi wakil sukan untuk wakil negeri antara percapaian tertinggi kakak untuk menandingi along. ketika nama kakak mula disebut-sebut disekolah, abi pasti tidak tahu.
ketika kakak dapat result spm, dan kakak antara pelajar terbaik, abi tidak dapat datang kerana ada mesyuarat penting, kakak hanya tersenyum apabila di sapa oleh guru-guru. Abi tidak ada ketika melihat kakak menerima sijil. kakak tetap gembira sebab abi kata kakak pasti boleh.
bersambung.....

No comments:
Post a Comment