cerita empat
Usai tingkatan lima, kakak dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, tapi abi sarankan kakak teruskan ke tingkatan enam dengan mengambil sijil Tinggi Agama Malaysia. Abi mahu kakak teruskan ke peringkat ijazah, tidak seperti along yang meneruskan pengajian diploma dan seterusnya peringkat ijazah. kakak turuti saranan abi, di sekolah seperti biasa kakak belajar dan terus belajar, walaupun kakak bukan dikalangan pelajar pandai, kakak berusaha untuk lulus dengan baik. Di sekolah kakak berada di tempat sepuluh terbaik, namun kakak hanya mendiamkan diri. Pelbagai aktiviti tidak melemahkan kakak untuk terus berusaha. Kerana Abi yakin kakak pasti boleh.
Di Bulan Ramadhan, ummi mengatakan kaki abi bengkak dan menyukarkan abi untuk solat. Beberapa hari menyukarkan abi untuk bergerak dan mengakibatkan abi solat dalam keadaan duduk. kakak mulai risau, abi sakit dan kakak tiada di samping abi. Kakak mohon dengan sangat-sangat kepada Allah agar abi sembuh dan berikan kemudahan untuk abi solat dengan baik serta memudahkan pergerakkan abi, kakak mohon dengan sangat-sangat mudah-mudahan Abi sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan. Allah perkenankan doa kakak, abi kembali sihat..terima kasih Ya ALLAH...
Di bulan penuh barakah, ini kakak meneruskan perjuangan menghadapi peperiksaan final..hari-hari pertama kakak, alhamdulillah segalanya lancar..paper ketiga, kakak mulai jatuh sakit, demam panas serta selera untuk makan hilang di bulan ramadhan ini, kakak tidak makan hanya mampu menelan beberapa teguk air dan melemahkan badan kakak untuk solat. Kakak mula takut jikalau kakak tidak mampu menyempurnakan harapan abi. Bagaimana kalau kakak tidak mampu lulus, bagaimana langkah kakak seterusnya, apa yang kakak harus lakukan, pelbagai persoalan bermain difikiran kakak. Waktu pagi yang penuh kedinginan, kakak gagahi bangun solat untuk menunjukkan petunjuk serta ketenangan untuk kakak meneruskan perjuangan, kakak mohon agar diberikan kesabaran dalam menempuhi dugaan, kakak seperti dapat merasai kesakitan abi.
Kakak tempuhi segalanya kerana kakak yakin abi percaya dengan kakak, yakin dengan kebolehan kakak. Allah jua maha Mendengar, maha Mengetahui..kakak lulus dengan baik walau tidak cemerlang. Akhirnya kakak mampu menerusakn perjuangan ke peringkat ijazah.. semua berkat restu serta keyakinan abi kepada kakak.. terima kasih abi..terima kasih ummi.
Kasih Abi dan Ummi..
Ya ALLAH, jikalau aku mampu membina mahligai seindah Balqis, nescaya berikanlah kepada abi dan ummi.
Ya Allah, Jikalau aku mampu merendah samudra, mengali mutiara berharga..kurniakanlah kepada Abi dan Ummi..
Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan daku abi dan ummi..berkahi kedua-duanya, panjangkan umur keduanya, serta tempatkan mereka dikalanganmu, serta berikan limpah kurniaMU kepada mereka...seluas kasih dan setulus doa dari anakmu... zahra.
.................................................................................................................................................
"Abinya, dah lewat ni masih belum mahu tido," Ummi mencelah setelah abi selesai menamatkan bacaan.
kelihatan abi menitiskan air mata, menahan sebak..hanya mampu yang teruncap di bibirnya.
"puteri kecil abi, sudah mula dewasa".
ummi mula kehairanan.
" Abi tadi ada sampul surat, ummi letakkan di almari bacaan abi"
" surat apa ummi?"
"surat tawaran pengajian sepenuh masa di universiti Malaya untuk abi"
" untuk abi?"
" ye Abi,untuk abi..zahra yang usulkan untuk abi"
" Along dan angah juga beritahu, zahra sama-sama mengumpul wang untuk abi dan ummi ke Makkah tahun ini"..
" puteri kecil kita sudah mulai dewasa abi" ummi mula menangis bersama abi.
" katanya ini hadiah untuk anniversary ummi dan abi"..
sekian....

No comments:
Post a Comment