Friday, January 15, 2010

Nilai seorang Manusia.


Cerita satu..


seorang nurse sedang menengking seorang pesakit yang kesakitan kerana mahu melahirkan.

" nurse, tolang saya nurse, saya nak melahirkan ni,". seorang pesakit sedang menahan kesakitan kerana sedang menghadapi saat kelahiran bayi sulungnya.

" sabarlah, lambat lagi tu."nurse menjawab endah tidak endah, acuh tidak acuh.

"nurse, sakitnya..tolonglah"

" nak beranak memanglah sakit!!" nurse menengking pesakit yang sedang kesakitan itu..


inikah nilai seorang manusia..


cerita dua


seorang pelajar dari luar negara, telah menunggu selama lima jam di sebuah hospital kerajaan.  pelajar tersebut yang menghadapi kecederaan dan diskifikasikan sebagai pesakit kelas pertama...akhirnya pulang dengan hati yang remuk kerana layanan yang diberikan tidak memuaskan dan pelajar tersebut telah membuat bayaran namun masih tidak mendapat perkhidmatan yang sewajarnya...


cerita tiga


seorang jurubina gembira dengan keuntungan yang diperolehi yang berlipat ganda hasil daripada pelbagai bangunan yang canggih serta binaan yang tersergam indah.

" yang penting untung"

"untung"

"untung"

"untung"

namun ramai pelanggan serta penduduk menghadapi keadaan yang amat menyedihkan apabila rumah mereka ranap, hasil daripada pembinaan serta bahan binaan yang digunakan rapuh dan mengakibatkan bangunan mudah retak.


cerita empat 

seorang pekerja bahagian membersihkan bangunan..menjalankan tugas serta membersihkannya dengan sepenuh jiwa, malah memberi senyuman kepada pekerja-pekerja bangunan yang di dalamnya terdapat pelbagai jawatan seperti pengurus besar, CEO dan pekerja-pekerja yang pelbagai ragam itu.

"makcik, cuci sampai bersih tahu tandas ni, bagi wanggi cikit" seorang pengawai menegur pencuci tadi.

"iye nak"

" apa anak-anak, saya bukan anak makcik..buatlah keje elok-elok" 

"baiklah" makcik pencuci masih tersenyum walau diherdik sedemikian rupa.

...............................................................................................................................................................


anda nilailah dan perhatikan, apakah seseorang yang sudah berilmu itu sudah mempunyai nilai seorang yang bersifat kemanusiaan.  Adakah kekayaan dan pangkat itu sudah mampu menilai betapa hebatnya seseorang. Doktor, Arkitek, nurse, pencuci atau apapun pekerjaan yang anda lakukan, lakukanlah dari hati serta jiwa dengan ikhlas.


apakah nilai itu tadi mampu dibayar dengan wang, ..tepuk dada tanya iman

Allah tidak melihat seseorang itu melalui kekayaan zahiriah tetapi Allah lebih menyukai hambaNya yang mempunyai kekayaan hati budi.

No comments: